Sejujurnya belajar fb ads sekarang ni memang susah berbanding 6 tahun lepas, hari ni makin advanced tau, nak dapatkan customer melalui iklan fb ads ni tidak semudah 6 tahun lepas tetapi jika korang jenis yang suka belajar dan sentiasa mahu mencuba insyallah korang akan kuasai cara marketing fb ads ni dengan mudah dan seronok.
aku rasa ini yg terbaru dari pihak fb |
Walaupun aku boleh dikatakan sebgai player fb ads sejak 2013 tetapi banyak sangat ilmu fb yang aku ketinggalan sebab aku hanya belajar ikut kefahaman sendiri, aku hanya belajar melalui buku dan google, namun sejak pkp bermula aku dah mula sedar betapa pentingnya ada seorang guru sebagai rujukan dari situ lah bermula nya aku ambil seminar fb ads yang berharga kurang rm400, setelah dicongak, ditimbang tolak, makanya seminar ini lah yg paling murah dan aku perlu join.
Korang jangan risau sebab ada banyak cara belajar fb ads yang free, terbaru pihak fb pun dah bagi kursus dalam talian yang percuma, aku pun baru nak join kursus depa ni tak sabar giler.
Aku lagi suka bila berinteraksi dengan pihak fb sebab agen diaorang ni memang soft spoken, very supportive, profesional, segalah pertanyaan kau dijawab dengan baik dan beretika.
dia ada buat class percuma jugak, aku baru nak cuba |
Bab komunikasi aku prefer in english, lagi mudah faham walaupun english aku ni, kadang aku sendiri pun tak faham tapi yang hairannya mereka boleh faham dan memberi jawapan apa yg aku nak hahaha so jangan risau ok jer borak dengan diorang ni bab broken English ker, depa faham jur sebenarnya.
kat bawah ni ada link tutorial/kursus pecuma dari pihak fb https://www.facebook.com/business/learn
Just sharing 💕
0 Comments