Tahniah kepada mereka yang sejak mula menjadi suri rumah sepenuh masa, menguruskan rumah, anak-anak dan suami Tanpa rasa Penat dan lelah. Anda memang hebat dan beruntung.
SEJENIS KAIN BROCADE STRIPE |
Daku juga mempunyai kerjaya di pejabat sebelum mengambil langkah berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh tenaga hiihi, memang ramai sangat yang mengambil langkah yang sama cuma langkah dan caranya berbeza diambil sebelum berhenti, setiap orang mempunyai cara tersendiri dan mungkin tidak sama setiap orang namun kita boleh menjadikan orang lain sebagai panduan agar tidak kalut dan stress bila berada di rumah kelak
Ya terutama sekali wanita yang selama hidup bujangnya sentiasa berduit, makan dan shopping tak kira pagi atau malam dan setelah berkahwin pun tidak bergantung kepada duit si suami makanya kena membuat persedian sebelum resign agar tidak menjadi stress tahap gaban ahaksss.
SEJENIS KAIN BROCADE - ALBUM KAIN |
Korang kena bersedia mengahadapi banyak kemungkinan yang akan berlaku, listkan perkara tersebut dan langkah yang akan diambil bila terjadi, macam buat plan A plan B ler githuu contoh dulu daku kan bila resign aku dah ada platform menjual kain pasang online, kiranya pendapatan dari online yang boleh cover fix expenses time tu, contoh fix expenses aku ialah bagi duit belanja bapak di kampung, tak kan daku nak minta duit laki pulak, segan ehhhh so daku kena cari that amount sebelum resign,kiranya plan A jana pendapatan online untuk cover fix expenses jika plan ini tidak berjaya korang ada plan B, plan B, aku menggunakan simpanan sedia ada, alhamdulillah time tu plan A berjaya so Plan B tak kacau, selesai masalah...
SEJENIS KAIN WRINKLE CREPE |
Di sini daku berikan sedikit tips sebelum menghantar Surat resign berhenti kerja, based on pengalaman sendiri 4 tahun dulu sebelum resign, alhamdulillah memang berjaya dan bersyukur sangat, semua ini pun daku baca dari banyak sumber juga.
- tetapkan niat menjadi suri rumah kerana Allah- yang ni sangat penting, macam nak solat kena mula dengan niat kan, niat lain tu letak kat list belakang, cuma yang ni sentiasa sematkan dalam kepala otak kalo boleh ucapkan lah setiap hari hihihi biar kawan korang menyampah dengar.
- cari sumber pendapatan dari rumah seperti jadi dropship, menjual makanan online dan sebagainya, masa aku dulu 4 bulan sebelum resign dah jadi drop-ship kain pasang, hasil duit itu aku simpan, kiranya daku buat sambil bekerja, memang gilak ehhh, kerja pejabat terbengkalai sampai boss bagi warning than bonus pun tak dapat, dalam sejarah pertama kalinya staff tak dapat bonus, masa tu kecewa gila tahap pakinson hahahaha, salah diri sendiri kan, tapi time tu aku salahkan boss sebab tak bagi bonus, daku marah sangat terus hantar surat resign, boss pun terkejut dia kata aku emosi, emosi tak emosi lah, malu eh ko sorang tak dapat bonus sedangkan bonus tu last year punya performance sedangkan kau baru 4 bulan tak perform, macam kes balas dendam jer eewwww. stres mak kau hijauuuu
- jangan sesekali melupakan solat istihara dan solat hajat semoga Allah mempermudahkan. Bab ini memang selama 4 bulan ketagih online jarang - jarang tertinggal, mana ko tak tinggal bila ko dah tak boleh tidur malam, rugi eh tak solat malam terus. kalau solat sunat tak tinggal so solat farduh memang A class ler. Solat Duha tu buat time hujung minggu, waktu dekat ofis memang tak buat, bila awal-awal resign tu setiap hari buat kalo tanya sekarang pulak, adoi lah larikkkkk.
- buat simpanan 3 hingga 6 bulan perbelanjaan sebagai simpanan kecemasan. yang ini pun kena ada jugak in case sesuatu yang berlaku di luar dari jangkaan so kita ada tempat nak cekup tak lah pinjam sana sini, tapi kalo korang yang jenis gamble dan yakin boleh berjaya dalam sesuatu kerjaya baru di rumah nati, ok jalan saja, jangan bimbang sebab niat yang baik kerana Allah menjaga rumah tangga, insyAllah akan mudah jer, yakin lah bahawa barakah wanita ada di dalam rumah.
SEJENIS KAIN WRINKLE CREPE TAK PAYAH GOSOK |
- sentiasa berbincang dengan pasangan (suami), bab ini paling penting, pastikan persetujuan suami dulu ya, kiranya minta restu githuu, nak niaga atau nak buat sesuatu kena minta persetujuan dari si suami dulu, dia tak izin jangan buat lah, kalo korang degil batu lesung juga, korang cari lah idea macam mana nak pujuk si suami, alaa bab ini wanita kan paling bijaksana, Masa daku dulu suami macam tak berkenan dengan kerjaya online ni, macam hentah hape-hape je, boleh ker buat duit, menghabiskan duit ada lah kot, tapi kan aku ni katagori wanita bijaksana jugak lah hihihihi, ooo ko tak percaya ye kerjaya online boleh jana pendapatan, ko tunggu lah, bila keluar jenjalan jer akak belanja, nak makan ape, hakak belanja, nak shopping hakak belanja, dia pon konpius kat mana pulak hakak dapat duit ni kan, biasa menghabiskan duit laki, hujung bulan jer jadi fakir, dia pon sikit sikit yakin lah dengan keputusan nak resign tu dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan menjual kain pasang online.
- sentiasa membaca dan mencari info atau tips menjadi suri rumah yang anda idamkan, haaaa yang ni memang patut rajinkan diri, kalo korang malas baca buku macam mana otak nak geliga mencari idea perniagaan, kalo miskin sangat tak boleh beli buku, pakcik google kan ada baca je kat sana, habis cerita..hakak memang suka cari maklumat dekat google, kalo ada duit lebih baru akak beli buku kalau yelllek google ajer deh.
Ok itu jer tips yang daku ingat sekarang ni, korang wanita wanita bekerjaya niatkan dalam hati, sentiasa berdoa moga hajat korang nak tinggal rumah sambil berniaga akan berjaya, niat yang baik pasti akan Allah Swt tunaikan, insyaAllah
Yang terakhir daku nak seru korang semua, shopping online dekat website ku ini hihihi..kain pasang terbaru, dah ler terbaru berkualiti pulak tu cehhhh.
4 Comments
tips yg bagus...
ReplyDeletetp serius kain pasang kau mmg best ...
sekarang ni kalau aku mau beli kain, ndak da sudah mau jalan2 pi kedai,
tunggu ada bajet tahunan, beli ja dari kau Lu...
senang.
hihihi beli kain di website saja kan senang dan menang,iya tunggu ada duit dulu baru beli..
DeleteSalam kenal kak Lulu.. Simpan dlu tips nie. Sbb calon suami tak bagi saya kerja. Boleh lah bincang nnti. Nice share!!
ReplyDeletekalo calon suami tak bagi kerja, kena buat persediaan dari sekarang tu, bagi tau si calon sediakan duit besar ye, duit kecik tak nak hihihi
Delete