Kedai Online Saya

Header Ads

Kelas KUMON Puncak Jalil

Assalamualaikum..


Covid19 

Since covid19 melanda dunia, bagi aku sekolah antara yang paling terjejas selain emosi aku huhuhuhu. Aku munkin salah seorang mak yang sangat bimbangkan pembelajaran anak, banyak sangat plan yang tersadai. 

masa umu Qeela 3 tahun, masa ini dia baru berjaya tak pakai pampers


Ibu bapa yang rajin dan banyak masa untuk mengajar anak mungkin tidak ada masalah tapi tidak bagi aku, betapa sukarnya aku melawan perasan menyesal sebab tak ajar anak, banyak perkara yang sepatutnya dia belajar di sekolah yang aku dah plan dulu.


Plan tergendala sebab covid19 

Namun disebabkan covid19, plan aku semua berakhir begitu sahaja, dulu aku plan Aqeela akan masuk tahun satu di usia seawal 6 tahun, iaitu setahun lebih awal dari umur yang sepatutnya.


Since covid ni dah dua tahun, memang plan tersebut terpaksa dilupakan, iyalah sekolah pun buka on and off hampir dua tahun, hincik off dia tu lebih lama berbanding hincik on aduhhhh.

waiting area utk ibu bapa menunggu anak habis kelas


Kelas KUMON puncak jalil 

Tapi tidak mengapa,tiada istilah terlambat dalam pelajaran selagi nyawa dikandung badan selama itulah hidup kena mencari ilmu. 


Panjang pula aku melalut, sebenarnya aku nak recommend kelas kumon yang boleh dikatakan terbaik untuk anak, iyelah anak aku sorang itu ajerlah so bab pendidikan ni memang aku all out.

kami nak masuk kelas KUMON 

Antara banyak banyak kelas yang aku deal dengan pengurusan sekolah, Kumon Punjak Jalil memang terbaik, aku rasa Aqeela join kumon since umur dia 3 tahun hingga sekarang umur 5 tahun dah nak masuk 6 tahun pun.


Kalau lah pengurusan Kumon Puncak Jalil sama macam pengurusan sekolah swasta lain yang kurang efisien dah lama aku berhentikan Aqeela dari join online kelas tersebut.


Harga kelas KUMON 

bukan harga murah tau rm320 untuk english dan mathematic sahaja, di musim covid19 bukan mudah nak keluarkan duit setiap bulan jika kelas tersebut tidak berbaloi.

Aqeela masuk swimming class



Sebelum ini pun Aqeela masuk tadika swasta, disebabkan oleh pengurusan sekolah dia yang sambil lewa tentang penglibatan anak dalam kelas online makanya aku stop buat sementara waktu.


Kelas mengaji pun sama, memang aku tak berpuas hati, bila kita dah bayar, pastikanlah korang kerja dengan penuh amanah, tidaklah sambil lewa, anak tak masuk class pun kau tak kisah, tak bertanya kenapa tak masuk class, ada kelas ganti ke tak, pastikan maklumat penting diberikan kepada ibu bapa.


Cari info berkaitan KUMON sebelum join

Sebelum daku masukkan Aqeela di kelas kumon, aku selalu baca riview kumon dari google dan review Dr.Syed Muzaffar di instagram dari situ aku tetapkan niat nak cari kelas KUMON Untuk Aqeela


Alhamdulillah KUMON memang sangat lah bagus untuk pembelajaran anak-anak, mungkin sebab dia banyak worksheet dan sentiasa ulang-ulang buat sampai lah budak ingat dan faham.


sekolah agama tahfiz kajang 


Cara KUMON mengajar dengan fokus satu teacher satu murid, dan dia akan pastikan budak akan capai target sblm start tajuk seterusnya, teknik mengajar pun fun learning so anak-anak pun jadi suka datang kelas dan suka siapkan worksheet yang banyak-banyak tu.


Cuma si maknya lah yang liat teman anak buat worksheet, emak dan anak kena sama-sama duduk buat worksheet yg disediakan, itu wajib dalam KUMON, setiap habis kelas, teacher akan bgi worksheet utk disiapkan di rumah dan akan diperiksa pada kelas akan datang.


Start KUMON umur 3 tahun 

Aqeela start KUMON dr umur 3 tahun, sekarang dia dah kenal banyak numbering, dah boleh tulis number sekali, nama dia pun dah boleh tulis, nama aku yg susah dan canggih pun dia dah boleh tulis, nama ayah dia pun dah boleh tulis, kenal abjad pun dah boleh dah.


Sekarang Aqeela dah pun sampai plus 6, bagi aku seorang mak yang kurang ada masa spend time mengajar anak. pengiraan Aqeela cukup baik dah tu.


Aku ni mak yang busy dan malas nak ajar anak sendiri. kalo ajar anak automatik bertukar jadi marvel itu sebabnya aku rasa pencapaian yang sangat bagus dah tu


Kalau nak tunggu aku sendiri ajar,  rasanya anak aku tau pasal ultraman ja lah sebab dia nak selamatkan diri dr marvel.


Subject dan fees yang ada di kumon 

KUMON ada dua subject sahaja english dan mathematics, Aqeela ambil ke dua dua subject tersebut, mula-mula aku ambil mathematics, lepas sebulan tengok macam banyak improvement, so proceed english sekali.


cost untuk satu subject rm160 so total rm320 per month. Kelas pulak seminggu 2x, Untuk umur 3 tahun, satu subject dalam 30-45 minit masa fizikal kelas ada dulu, kami ibu bapa boleh menunggu anak habis kelas di waiting area yang disediakan.


Mula mula terasa mahal juga tapi jika dilihat pencapaian Aqeela memang wort it lah, tak pelah kite kurangkan cost lain yg tidak perlu so sekarang daku dah jarang shopping dan makin kuat cari duit hahaha


Cut cost Untuk pelajaran anak 

Sekarang ni daku makin kuat cari duit, sebab fokus nak masukkan anak sekolah rendah swasta pulak, harap murah rezeki, tapi memang bab sekolah anak, daku sanggup berabis duit,rasa seronok tengok Aqeela belajar banyak benda, memang naluri tu ada sejak kita mengandung lagi.


kelas taekwando putera permai


sekarang daku fokus simpan duit pulak untuk anak masuk universiti luar negara, dan daku berangan duduk sekali dengan dia nanti , adoiiiii dah kenapa macam ni,


Padahal nak galakkan anak jadi pilot ja pun tapi belum tadika lagi dah start fikir universiti Liverpool adoiiiiii lahai. Mungkin masa dulu daku belajar tak tinggi mana pun so ada anak ni Memang exited nak anak belajar tinggi langit.


kelas taekwando putera permai, dia ambil murid se awal umur 2 tahun


KUMON??? memang bagus, tapi ada yang kata tengok tempat juga, kalau nasib baik Memang akan jumpa yang terbaik, semua itu bergantung kepada pengurusan KUMON itu sendiri.


Selain kelas kumon 

Kelas kelas lain yang aku masukkan Aqeela sebelum covid seperti :


  1. Taekwondo - yang ni pun cikgu dia Bagus murah pun murah rm50 sebulan 2x seminggu 

  2. Swimming lesson - yang ni elok jugak tapi biasa lah mahal sangat rm450 utk 8 kali swimming 

  3. Horse ride - yang ni aku ambil by day 


Semoga fasa endemik nanti seisi persekolahan akan bermula seperti biasa dan Aqeela boleh meneruskan sekolah seperti biasa 


Peniaga kain online

kita patuhi SOP sebaik yang mungkin, kita berdoa dan bertawakal kepada Allah swt, hanya kepadaNya kita berserah 


Ok terimakasih sudi baca celoteh aku, seorang mak peniaga kain online, mak yang sentiasa struggle mencari pendidikan terbaik untuk anaknya yg seorang ini.


Mak yang sentiasa struggle memastikan perniagaan online nya sentiasa menjadi pilihan ramai agitchuuuuuu. Jangan lupa shopping di www.lulukainpasang.com 



beli kain online free pos 

———————————

Untuk perincian dan pembelian berkaitan KAin Pasang kami boleh rujuk Link di bawah 👇


Link wassup 

https://wa.me/message/OUN332SXCMBUG1

https://wa.me/message/5VTDVJVFKEBXL1 


Link website 

www.lulukainpasang.com


Link Instagram 

https://www.instagram.com/lulu_shawl/feed/

https://www.instagram.com/kainlulu/feed/


Link Facebook 

https://m.facebook.com/lulukainpasang/

https://m.facebook.com/kainctnurhaliza/








Post a Comment

0 Comments