Ada ker yang perasan kakak sudah mempunyai website e-commerce sendiri iaitu www.lulukainpasang.com website ini niatnya hanya lah untuk memudahkan urusan pembelian kain pasang online sahaja dan akhirnya sikit-sikit akan mengurangkan urusan pembelian menggunakan wassup yang terkadang tak terlayan kesemuanya, jawab pun paling ringkas dan padat, dah tak da borak-borak santai perkenalan bersama custemer, kakak tak sempat walaupun custmer sebenarnya lebih suka borak-borak dulu sebelum meneruskan pembelian, borak-borak perkenalan adalah lebih mudah close sale sebenarnya.
Secara jujurnya kakak tidak mengetahui sama sekali tentang website e-commerce, how its running, etc, memang kakak zero dalam bab website, pendek kata tak tahu langsung lah, Mula-mula kakak ingatkan sama lah macam penggunaan facebook, once sign in korang lah yang akan uruskan sendiri dan tanpa breakdown selagi data internet korang ada lagi hikhik, and now dah masuk dua bulan website kakak beroperasi namun kakak masih lagi kurang memahami hahahah, pendek kata masih blurrr.
Terkadang nyesal pun ada sebab gatal nak ada website e-commerce sendiri, tapi kakak tak terluah perkataan itu didepan suami, nati kang tak pasal-pasal kakak kena bebel sampai 7 keturunan pun tak habis, ialah bukan murah bayaran untuk hasilkan satu website e-commerce memakan belanja rm4k jugak tau, ini pilihan yang paling murah dalam package, munkin orang lain ada menawarkan harga yang lebih murah, tapi itu lah, kakak tak study dulu sebelum membuat keputusan menggunakan website sendiri, korang jangan cuba-cuba main terkam ajer nati kan lagi stress tahap gaban hahah
Kesilapan kakak ialah bila tidak membuat kajian terlebih dulu tentang keperluan, apa itu website e-commerce, macam mana website itu beroperasi dan banyak lagi info yang sepatutnya kakak fahami sebelum decide ada website sendiri so bila dah ada website sedikit sebanyak tak lah terkejut beruk dek non.
Mana tak terkejut bila kau baru beroperasi beberapa hari tetiba asyik breakdown aje, bila customer buka jer breakdown, bila kau buka ajer breakdown pulak aduhhhhh...customer dekat facebook pulak dok cakap apasl website breakdown jer, kata suh beli dekat website tapi ni tak boleh buka.
Fining tau, bila tanya dekat website designer tu, dia pulak jawap lambat, kadang dia jawab sehari selepas pertanyaan, nak jugak kakak sound apsal tak jawap tahun depan huhuhu tapi kakak masih cool namun dalam hati membara jugak ni, bila dia bagi jawapan panjang berjela kakak kena baca dan faham satu persatu pulak hahahha haiiii lahaii rupanya macam tu, 'bandwidth' lah ape benda lah semua tu kakak pun baru tauuuu.
Website tu breakdown memanjang sebab 'bandwidth hosting exceed' kiranya visitor makin bertambah dan bandwidth yang ada tak boleh nak tampung user yang makin bertambah, kakak pun baru paham sikit lah hahaha, supaya lagi senang nak paham ibaratnya ruang dalam kedai telah dipenuhi ramai pengunjung yang singgah so kemampuan ruangan yang ada amat terhad otomatik server akan blok web tersebut. sekiranya ia berterusan makanya kena upgrade lagi, duit lagi adoiiiiiii mati lah nak....
Mula-mula akak terkejut jugak lah benda tu, akak rasa menyesal sebab tak study dulu sebelum decide nak ada website, rupanya kena keluarkan duit lebih untuk jadikan satu website yang dikenali ramai, ya lah bila website dah dikenali ramai makanya sales kita pun akan bertambah banyak, namun akak belum bersedia lagi untuk keluarkan duit lebih kepada website hahahaha, biar lah masih menggunakan wassup dan facebook sahaja dulu.
Satu lagi yang membuatkan kakak terkezutttt, bilamana billplz pulak charge rm1.50 every each transaction yang custmer dah buat melalui billplz, ini pun kakak baru tahu, hengg otak kakak seketika, kalo lah kakak tahu lebih awal kakak tak nak ada website hahahahh lawak pun ada bila fikir-fikir..billplz tu ape???? alah yang yang kita klik link pembayaran direct transfer tu, kiranya kita tak perlu lagi type number account seller online untuk proses bayaran, kakak pun baru tahu yang tu kena charge jugak adoiiiiii la haiiii mak fining lalat
sempat lagi kalo korang nak dapatkan harga sale di website |
Apa pun kakak percaya semua ini ada hikmahnya, kakak yakin Allah telah menggerakkan kakak sampai ke peringkat ini dan belajar sesuatu yang baru dalam perniagaan online so kakak kena teruskan apa yang telah kakak buat.
Banyak pengalaman baru disetiap perjalanan perniagaan kain online ini, untuk sampai ke tahap sekarang memang tak terjangka dan kakak amat bersyukur kerana perniagaan online banyak membantu kakak dari segi menaikkan taraf perbelanjaan keluarga, jikalau kakak masih lagi bekerja seperti dulu munkin tahap perbelanjaan keluarga kami masih lagi tidak mampu memperolehi banyak perkara yang kami inginkan.
banyak pilihan kain tau dekat website ada yang clearance sale lagi tu... |
sale dah habis u alsssssss huhuu |
2 Comments
wahhhh banyak juga cabaran lulu kena hadap. Keep it up sis!
ReplyDeletetq sis....insyAllah akan baik2 saja
Delete