Kedai Online Saya

Header Ads

OHSEM GIVEAWAY BY MRS PIP (22/11/17 - 6/12/17)

Assalamualaikum semua...
 OHSEM GIVEAWAY BY MRS PIP (22/11/17 - 6/12/17)
http://www.mrspip.com/2017/11/ohsem-giveaway-by-mrs-pip-221117-61217.html

Hari ini, akak rasa terkejar-kejar menulis blog, Nur Aqeela demam nak tumbuh gigi geraham rasanya, itu yang cranky sikit, nak kena fokus lebih kat dia ajer, mak ni tak boleh buat kerja, bila tidur pulak nak mak peluk jer, bila kena peluk mestilah tak lepas dengan candu dia, itulah anak yang bf makin tak sihat makin melekat dekat mak.

Bila dia dah lepaskan candu dia, mak cepat-cepat menulis tentang OHSEM GIVEAWAY BY MRS PIP, mak pun tak nak lepaskan peluang join giveaway sahabat reality mak ni huhuhu, katanya hadiah giveaway kali ini mrs pip bawakan khas dari laman web simplyohsem.com sempena Xmas 'Shop and Win' Campaign + hadiah khas dari mrs pip sendiri, wah memang ohsem giler lah kan sapa tak nak join rugi dek non...mak yang super duper busy pun tak nak lepaskan peluang yelah kot kot menang, melompat ke langit mak....

Sebenarnya kan mak tak tahu ape kebendanya simplyohsem.com ni, bila dah join giveaway ini terus mak tahu sebab mrs pip telah berkongsi semua mengenai laman web simplyohsem.com. Oh rupa-rupanya simplyohsem.com adalah portal belian atas talian (online shopping website) yang menjual pelbagai barangan menarik pada harga berpatutan. dan bak kata pepatah there will be something that you will want. dan simplyohsem.com sedang mengadakan kempen Xmas 'Shop and Win' Gift Campaign bermula dari 1/11/17 sehingga 12/12/2017. dan sebanyak 50 hadiah ditawarkan dengan jumlah nilai RM10,000.00 ... oooooo macam tu lah dia

So kalo korang nak join giveaway dan menang kena lah mematuhi syarat-syarat untuk menyertai giveaway ni ialah 

WAJIB:-

1/ sila tinggalkan komen di entry post mrs pip >>> Xmas 'Shop & Win' Gift Campaign <<<

2/ follow blog mrs pip 

3/ follow fan page mrs pip, klik di sini >>> MrsPip18 <<< 

4/ follow Instagram mrs pip, klik di sini >>> MrsPip18 <<< 

5/ buat satu entry bertajuk "Ohsem Giveaway by Mrs Pip (22/11/17 - 6/12/17)" dan letakkan banner di entry korang dan backlink kan banner tersebut ke entry mrs pip ni

6/ ceritakan di dalam entry korang sedikit mengenai pengalaman menarik mengenai Krismas korang (jika ada) yang pernah korang lalui ATAU nyatakan (mengikut kreativiti anda) Saya nak menang Ohsem Giveaway by Mrs Pip kerana ..................................... 

7/ tinggalkan link URL entry korang di kotak komen di bawah beserta fan page dan IG korang

8/ pemenang yang terpilih WAJIB buat entry khas untuk reveal hadiah yang diterima dan dalam entry tersebut perlu masukkan link URL giveaway ini.

OPTIONAL:-

1/ follow fan page SimplyOhsem, klik di sini >>> SimplyOhsem <<<

2/ follow IG SimplyOhsem, klik di sini >>> SimplyOhsem <<< banyak updates menarik di IG simplyohsem

Rasa-rasanya semua syarat dah dipenuhi dan cerita mengenai pengalaman krismas pula ada dua yang nak dikongsi pertama ialah ketika masih bekerja dulu, masa bekerja  di hospital kerajaan dulu, opss jangan salah faham pulak akak bukannya dokter tau hahahah,  bila bekerja dengan banyak department so ramai lah staff yang berlainan bangsa dan agama lebih-lebih lagi di Sabah, semua perayaan disambut bersama-sama, kiranya kitaorang menghormati semua perayaan dan meraikan bersama-sama dengan  membuat jamuan makan-makan di ofis ala - ala open house ketika raya tu..... kawan-kawan yang menyambut krismas akan lebih seronok menyiapkan jamuan untuk semua kawan-kawan staff yang lain, kebiasaanya ketika lunch time jamuan tu bermula, memang meriah lah time tu...rinduuu nye suasana bekerja dulu, rasanya pengalaman manis tu tak kan berulang lagi kot..itu lah sedikit tentang pengalaman krismas akak.....

Yang ke dua pula ketika zaman kanak-kanak dulu, jiran akak berbangsa Tator dan mereka sekeluarga menyambut krismas, akak seronok sebab apa banyak sangat gula-gula dan minuman kotak di beri kepada kami kanak-kanak, diorang juga akan provide duit raya kat budak-budak yang datang rumah kiranya sambutan kepada tetamu sama macam perayaan muslim juga, ada jamuan dan ada duit untuk kanak-kanak yang datang beraya. itulah dua pengalaman krismas akak, sebenarnya ada banyak lagi tapi tak larat nak tulis...

Ok lah akak nak sambung buat kerja-kerja rumah, harapa menang hadiah dari Mrs Pip......

KEDAI ONLINE KAMI TENGAH MENGADAKAN JUALAN AKHIR TAHUN, SEMUA KAIN PASANG BOLEH DIDAPATI DENGAN HARGA TERLAJAK MURAH SERENDAH RM11.15 SEMETER DAN PERCUMA PENGHANTARAN

Post a Comment

5 Comments

  1. Menarik juga GA nih. Ccl belum join lgi. Apa pun all the best

    ReplyDelete
  2. Hi lulu..tq join....
    Krismas pun best juga, aku ni every year sambut krismas, mak mertua kan kristian...

    ReplyDelete
  3. Wahh join GA mrs pip yang comel tu, gud luck awak! nanti free, jom join giveaway EmaLisa pulak ya http://www.lubukseni.com/2017/11/lubuk-seni-giveaway.html

    ReplyDelete