Semenjak berniaga online beberapa tahun yang lepas, aku sentiasa mendapat soalan-soalan pelik berkaitan dengan nama yang pelik hahahah, akak pun pelik kenapa mereka pelik dengan nama aku iaitu BASSELOLO BINTI MANGKONA. Adakah korang juga merasakan perasaan yang sama iaitu kepelikan pada nama aku????
Soalan custmer yang berasa pelik dengan nama pemilik akaun |
Betul itulah nama sebenar aku didalam IC dan dari mana datangnya Lulu, panjang ceritanya malas nak type panjang panjang biarlah rahsia buat masa ini. Sejak dari bangku sekolah lagi ia menjadi tanda tanya, kerisauan, kepelikan dan yang terbaru kepeningan sesetengah orang haduhhhh.
Sebenarnya sudah ramai yang tidak meneruskan transaksi setelah melihat nama pemilik akaun yang diberikan, ada yang jujur terus bertanya, ada yang lucu dan terus gelak versi watsup, ada jugak yang berterus terang takut membuat bayaran nanti tertipu dan ramai juga yang terus senyap dan tidak kembali lagi hahahaha, ada jugak yang query status agama aku, ini kadang aku naik hangin rasa macam kau ni bab nama yang lain macaiamm jangan kaitkan dengan status agama aku ye, aku kitai kanggggg gittueeee, macam-macam lagi yang kadang-kadang buat aku berasa pelik dengan mereka semua, hanya dengan nama mereka boleh membuat kesimpulan.
Dahulu bila customer bertanya, aku boleh memberi penerangan yang jelas agar mereka yakin untuk meneruskan transaksi tetapi sekarang tidak lagi, aku hanya membiarkan soalan mereka tidak berjawab, biarlah hati mereka betul-betul bulat untuk meneruskan pembelian, bagi akak penjual yang jujur berniaga kerana Allah swt akan berjumpa pembeli yang ikhlas untuk membeli.
Sekarang mereka telah mula yakin dengan perniagaan online aku, salah satu sebabnya ialah Page KAINPASANG MURAHDANCANTIK sentiasa update dengan testimoni pelanggan yang boleh dihubungi, previous customer aku pun boleh diwassup untuk kepastian sebelum meneruskan apa-apa pembelian, setelah berniaga lebih kurang 5 tahun baru lah aku membuka acc atas nama syarikat iaitu MURAH DAN CANTIK ENTERPRISE, yang pelik juga, walaupun aku ada akaun atas nama syarikat tetapi aku tetap menggunakan akaun semasa dengan nama BASSELOLO MANGKONA, bila aku nak tukar terasa sayang sangat, rasa macam sedih jer sebab banyak kenangan pahit dan manis dengan akaun aku ni, customer pun dah tak bertanya pun pasal nama, munkin salah satu sebab aku dah mula dikenali cehhhhhh.
SEJENIS KAIN PASANG HIGHT QUALITY COTTON VISCOSE |
Alaaa awak semua ni sebenarnya dugaan dan cabaran berniaga, Allah turunkan sedikit dugaan, kalau tak kuat, kau akan hanyut jugak lah dengan perasaan sedih dan kecewa, masa tu aku anggap je lah angin lalu, sekarang semua tu berlalu dengan pantas aku pun dah bertukar menggunakan akaun nama syarikat so memang takdak isu dah.
so korang marilah suppoer bussines online aku ni ye, masih lagi kekal free pos untuk kawasan semenanjung sahaja sejak 2014 lagi.
ww.lulukainpasang.com |
---------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk perincian dan pembelian berkaitan KAin Pasang kami boleh rujuk Link di bawah 👇
Link wassup
https://wa.me/message/OUN332SXCMBUG1
https://wa.me/message/5VTDVJVFKEBXL1
Link website
Link Instagram
https://www.instagram.com/lulu_shawl/feed/
https://www.instagram.com/kainlulu/feed/
Link Facebook
https://m.facebook.com/lulukainpasang/
https://m.facebook.com/kainctnurhaliza/
4 Comments
Sep sikit lu, nama aku pun pelik...
ReplyDeleteJadi kita ni spesis nama very the special...
Tulah kan mpy..unik bah nama kita ni
Deletenama saya pendek dan ejaan pun ikut stail orang putih. Ramai yang kata saya ni mualaf
ReplyDeleteunik tu nama tu..one and only kot..
ReplyDelete