Kedai Online Saya

Header Ads

2 KOLAM RENANG EXCLUSIVE TAPI BAYARAN MURAH AREA PUTRAJAYA UNTUK KUNJUNGAN KELUARGA

Assalamualaikum....

Kali ini aku tak nak cerita pasal kain pun, boringkan dok canang pasal kain all the time hikhikhik, bukan korang jer yang boring owner kain ni pon lagi boring, sebab tu setiap minggu cuba pergi swimming, tapi aku ni suka cari tempat swimming yang have have ajer tapi nak bayar harga marhain, mesti korang rasa ada ke macam tu, dulu aku pun sama jugak fikir semua harga mahal bila tempat cantik, ingatkan harga kayangan turun ke tanah tapi sebenarnya murah yang amat. kita yang duit cukup -cukup ni memang mampu sangat.


ok aku nak share kolam renang area Putrajaya yang sering kami kunjungi, yang aku kata nampak have have, golongan kayangan jer mampu, sebenarnya oh tidak harga mur mur, kiranya ada dua tempat yang biasa kami pergi iaitu di Marina Resort Putrajaya dan Marriott Hotel Putrajaya, nampak macam woww pasti mahal kebabommm rege diakan, dua tempat ini memang open to public so korang boleh jer masuk swimming walaupun bukan stay di hotel tersebut, boleh jer datang ikut jadual yang dia bagi, memang best swimming kat sini, best sebab harga murah dan selesa, tak ramai pun yang datang sini. munkin ramai tak tahu dua tempat ni memang open to public.


Mahal??? eh tak lah u alllsss, bagi aku harga dia memang murah dan berbaloi dengan facility yang korang akan gunakan, facility dua tempat ni berbeza antara satu sama lain jika di Marina Resort korang wajib menggunakan swimming suite untuk berenang manakalah di Marriott Hotel pulak korang bebas pakai apa pun janji tutup apa yang patut, kalau terserempak dengan foregner tutup je mata sebab golongan ini selalu jer ada kat situ


Ok entrance fees untuk Marina Resort rm5 (dewasa) dan rm3 (kanak-kanak) murah ker murah sangat tu awak, kalau mahal lagi korang buat lah kolam renang sendiri,habis citer manakalah Marriott hotel pula ialah rm14 (kanak-kanak) dan rm28 (dewasa) tapi, haaaa ada tapi dia, kebiasaannya dia hanya ambil rm14 jer untuk brapa ramai korang masuk mandi,munkin bergantung kepada counter person in charge that time so far aku rm14 jer untuk tiga beranak mandi sampai lebam siap ada towel bersih lagi disediakan, korang jangan bawa balek pulak towel tu, kengkonon terbawa balek ecehhhhh cehhh.

Jadi murah ke murah sangat?? mmmmm biasyer biasyer jurr adalah lagi yang lebih murah, yang murah lagi tu nanti korang share pulak naa.

view swimming pool di Mariott Hotel Putrajaya

macam ni lah lebih kurang view dr atas hotel Mariott

Apa yang best swimming di Marina Resort ialah, kolam renang dia jenis tertutup so kalau hujan dan panas pun korang boleh bantai mandi sampai pitam, kolam renang dia pun amatlah bersih, bila swimming tu kan terasa macam diri ini seperti nya si Pandalela tengah training olimpik.

Sebaliknya di Marriot Hotel pula lain maciam sikit, standard ala-ala mandi di waterfall hutan lipur githuu, pokok-pokok dan bunga-bungaan daun berguguran atas kepala, so romantic kan, design dia pun siap bertingkat tingkat githuuu, korang kalo mandi sambil berkejar kejaran memang best lah sambil nyanyi lagu hindustani, ada slide juga tau, untuk kanak-kanak meluncur. ini anak aku paling suka cuba tak best air tak berapa bersih lah jika dibandingkan dengan marina resort tu, di marriot ni kawasan swimming pool dia kan banyak pokok so daun daun tu akan jatuh ke dalam air so gittueee lah kekotoran yang aku maksudkan



swimming pool dekat Mariott ni ada beberapa area, korang boleh spot tempat tempat yang korang nak mandi, macam kitaorang ni area bebudak lah, kitaorang bertiga yang menjadi abang long kawasan orang lain tak mau dekat hahahh
Antara dua tempat ni kan, akak lagi suka di Marina Resort sebabnya ada safety guard tau, dia akan duduk di satu sudut yang tinggi dan memerhatikan korang yang berenang kot kot ada yang lemas ke apa ke kan, terutama sekali budak-budak kecik ni so aku rasa safety bila swimming bersama anak-anak.

masa ni pukul 5pm, time tu matahari terik lagi, nasib baik aku pakai sun screen kalo tak mau lebam muka, air dia pun panas so korang nak mandi lama-lama pun tak gigil lah, anak pun boleh mandi lama -mariot hotel

Lagi satu yang bestnya di Marina resort mata tak sakit tengok orang berbikini so far yang mandi masih bersopan santun, tak jumpa lagi yang tak berbaju berbeza di Marriot Hotel, majority yang mandi adalah foreigner so korang cuci mata lah tengok minah negro dan minah saleh pakai bra dan spender jer. Husband aku siap bisik lagi, kulit negro ni bersih kan, ingat kulit hitam ni kulit yang banyak bintat, hamboiiii dia ni lain masiam pulak nengoknya hahaha, safety guard pulak memang yillek dia dah letak warning signboard siap-siap korang jaga diri sendiri bila berenang,bila lemas pandai pandai lah korang nak buat ape hahahha.

Bab changing room pulak, Marina Resort lagi proper, sorang-sorang masuk pun ko rasa ok jer, tak da hal lah boleh teruskan aktiviti tukar baju dengan rasa safety, kalo di Mariot aku rasa seram u allsss sebabnya sunyi sepi, bilik tukar baju agak terpencil sikit dan jauh dari laluan utama, terasa mcam hantu kak limah ada tukar baju sekali. kakak tukar baju jer terus lariikkkkk,  pakaian dalam lupa nak tukar haissssh penakut tahap haioshhh susah nak cakap.

Kalau korang jenis nak bergymba selepas berenang, nak masuk gym better ke Marriott lah kot sebabnya gym area yang sama dengan swimming pool, kiranya satu laluan jer lah korang, harga aku tak tahu tapi kalo korang jenis uha uha boleh jer masuk terui pun dekat gym tu, sebab nampak macam open to all orang yang lalu lalang ke swimming pool je nengoknya.

Korang tahu tak di Marina Resort lebih banyak pakej-pakej lain yang menarik dan murah yang ditawarkan kepada orang awam antaranya ialah pedicure dan manicure serendah rm30 sahaja tau, korang kalo berminat boleh je tengok dekat website dia disini macam macam ada. Kalo korang nak ke Marriot pula boleh jenguk website mereka disini.

Ok lah uallsss itu jer nak share hehehe, sedikit info aje untuk family yang suka swimming, byeee jumpa lagi naaaa sharing is caring kan.




OK JOM LAH TENGOK WEBSITE JUALAN KAIN PASANG AKU KAT SINI OK

Post a Comment

1 Comments

  1. As Salam, Kalau dekat Marina Hotel tu, Nak bayar fees dia dkt mana ? Reception ke?

    ReplyDelete