Assalamualaikum....
Banyak-banyak cerita di bulan ramadhan (jun 2017), cerita tudung yang akak seronok nak share, alkisahnyer akak membeli tudung dari spain urope huhuhhhh kejap-kejap lagi kita story morry kenapa dari spain
Sejak memakai hijab 5 tahun lepas akak belum terjumpa lagi sejenis tudung yang selesa di pakai, citarasa akak lain macam sikit, nak yang simple dimple ajer pastinya tak intrend langsung...
Datang lah lofa hijab,burung hantu hijab,fareeda atau ariani yang lawa cun melecun itu tapi akak tak berkenan, kalo beli pun pakai sekali dua dan akan menjadi hadiah kepada anak-anak buah.
Satu hari tu akak ter cuci mata dekat website ZALORA tetiba ternampak scarves yang secara mata kasarnya selesa dan bersize labuh dari koleksi MANGO harga pun kira ok lah tak mahal dan tak murah rm59 inc.postage so akak tak berfikir panjang dan terus membayarnya, alhamdulillah ia tak mengecewakan, sangat selesa dan yang paling penting size 180cm x 100cm dan kesimpulannya akak pun jatuh cinta lah dengan tudung sepertinya.
Bulan ramadhan baru-baru ini akak cuak sedikit kerana design tudung raya tidak terfikir lagi,pening jugak mikirin masalah tudung ni, Malas nak fikir panjang akhirnya akak decide mahu menggunakan scarves dari koleksi MANGO sahaja, dan kebetulan ketika itu website MANGO Malaysia pula tengah sale, koleksi scarves yang menarik pun memang banyak namun malangnya postage cost rm40 untuk sehelai tudung, mahal giler u allssss manakala harga sale sehelai scarve rm39 yang harga asalnya rm59 kiranya postage lebih mahal dari harga tudung jikalau nak free shipping kena beli barang rm400 ke atas, akak nak beli 2 3 helai ajer lingkungsn harga rm100. haduiiiiii fening fening mak
Penat memerah otak akhirnya minta suami tercinta menemani ku mencari outlet MANGO, bila ke Alamanda dukacita kedai dia dah tutup selama-lamanya,IOI putrajaya mmmmmm malangnyer outlet MANGO tak wujud lagi dan yang terakhir outlet sunway piramid lagi malang kedai nyer besar tapi tak dak jual scarves..nangissssss
Ok lah beli online jer jawabnye, beli lah semua scarves sehingga rm400 untuk dapatkan free shipping, so dapatlah 6 helai scarves dan 2 helai baju NA, bila dah bayar email pun sampai,katanya bungkusan itu akan sampai dalam 5 hari waktu bekerja, dalam hati kata pasai pa lambat sangat kawasan KL jer pun, than dapat satu email lagi untuk tracking no, bila akak track ingatkan salah no. dua kali jugak confirm that tracking no sebab location penghantaran adalah dari Spanyol, biar betul ingatkan scarves tu semua dr KL, patut lah tak jumpa dekat outlet hari tu rupa-rupanya from spain uhuuhuhkkkk.
Monday, June 19, 2017 at 17:17Origin Service Area:
BARCELONA - PALAU DE PLEGAMANS - SPAIN
Processed at BARCELONA - SPAIN
Destination Service Area:
KUALA LUMPUR - BANDAR SRI KEMBANGAN - MALAYSIA
itu lah ceritanya berkaitan tudung raya, korang kalo ada tudung best dan murah mai lah share kot kot berguna untuk wanita sejagat penghuni alam seperti ku..
Perbualan antara suami dan isteri, si isteri meminta izin untuk membeli tudung online
Isteri: Abang....syg nak beli tudung size labuh tau, sebab senang bila NA menyusu, tak perlu gunakan nursing cover
|





10 Comments
patut lah mahal sangat postage nya.. dari spain terus..
ReplyDeleteKan postage mahal nau nau...
Deletekan Lu, kalau sudah suka, mahal mcm mana pun mesti mau beli (asal mampu kan) ..
ReplyDeletetapi bab sembang dgn suami tu, kelakar rasanya ...
'belilah, sebesar cadar pun tak apa' ...
aku pula lately suka pakai bawal ribbon, labuh dan selesa,
beli dengan blogger juga :) ...
Tudung macam tu mpy, senang pakai ka? Nati share tempat mau skodeng2
DeleteKemain import tudung kak, hihi, makin bergaya lerr lepas ni.
ReplyDeletehahaha iye iye..tudung tak sengaja nama nya
Deleteamboi dari spain ya kak. jatuh cinta punya pasai.
ReplyDeleteIni lah Dinamakan Cinta pandang pertama ni dik...hahah
DeleteBf mom yg bertudung memang prefer tudung besar besar...maklumlah anak lapo tak kira masa.hahaha
ReplyDeleteBoleh nyusukan baby di mana mana sahaja kan hahah..
Delete