Pemahaman tentang fabrik atau kain Brocade




Daku sebenarnya tidaklah tahu sangat tentang Kain Brocade atau fabrik Brokat secara terperinci, disebabkan aku seorang penjual dan pembekal brokat yang dibeli daripada China so sedikit tu boleh lah aku faham apa itu fabric Brocade

Apa yang aku tahu berdasarkan kepada bacaan dan pertanyaan daku kepada pembekal utama fabrik, ada kemungkinan Betul dan ada kemungkinan juga salah.
Brocade off white 

Fabrik Brocade atau Kain brokat sebenarnya macam Kain Songket yang dipakai oleh orang melayu, punyai identiti sesebuah kaum dan masyarakatnya.


Pakaian tradisi zaman dulu

Dulu dulu fabric Brocade atau Kain brokat ini adalah satu pakaian tradisi sesebuah masyarakat China, India, Persia, Greece, Japan, Korea and Byzantium itu yang aku faham lah.


brocade purple mint

Apabila dah bertukar Zaman, kain brokat pun dah dimodenkan serta diciplak atau diubahsuai, bila dah diciplak so harga pun dah makin murah, kualiti pun dah macam macam jenis dah.


Kalau di luar negara satu ketika dulu baju baju Brocade ni macam satu identiti mereka, nak pakai ke majlis majlis tertentu, contoh macam majlis raja raja. 


Seperti songket masyarakat Melayu 

brocade purple lavender

Alah dia macam kain songket dari kain tenun mewah yang biasanya dikenakan saat kenduri, perayaan atau pesta, ia dahulunya khusus dipakai oleh golongan bangsawan, keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. 


brocade mint grey

Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.


Sama juga dengan kain Brocade di negara negara seperti China, India, Persia, Greece, Japan, Korea and Byzantium 


Menggunakan benang yang mahal

Jenis material yang original harga dia boleh cecah puluhan ribu sebab menggunakan benang emas,benang sutera dan design yang penuh ketelitian.


brocade hitam merah 

Kain brokat juga adalah jenis dari kain tenunan berulang yang kaya dengan hiasan, sering dibuat dengan sutera berwarna dan kadang-kadang dengan benang emas dan perak.


Namun kain Brocade hampir dan kebiasaannya tebal dan mempunyai tenunan benang timbul, atau menonjol di permukaan Kain, setengahnya ada yang mempunyai permukaan berkilau atau shining.  


Kain Brocade atau fabric brokat juga digunakan untuk pakaian malam dan pakaian formal, untuk jubah, dan juga kostum.


brocade putih hitam grey 

Fabrik atau kain Brocade kini banyak ditenun pada alat tenun Jacquard yang mampu membuat banyak reka bentuk moden namun itu bukan hanya specific kepada pakaian semata mata tapi ada juga untuk tenunan kain tabir dan permaidani


Apa itu jacquard 

Jacquard sebenarnya adalah alat tenun khas, atau mesin yang digunakan untuk menenun kain yang digambarkan.


Istilah jacquard juga bermaksud tenunan atau kain dengan corak tenunan yang sukar. Brocade di sisi lain adalah kain berat yang terjalin dengan reka bentuk yang Complicated


brocade navy blue dark blue 

Kadang kadang ada juga yang memanggil kain jacquard atau Fabric jacquard, so kita boleh gambarkan bahawa Design dia lebih complicated 


Kebanyakan kain Brocade mempunyai tenunan bahagian latar belakang yang berbeza dan sentiasa menunjukkan tenunan permukaan bersulam yang nampak rumit. 


Fabrik Brocade kini banyak ditenun pada alat tenun Jacquard yang mampu membuat banyak reka bentuk moden bukan hanya specific kepada pakaian semata mata 


Pengeluar utama adalah China 

Ada yang kata pengeluar utama kain atau fabrik Brocade adalah negara China, tapi bagi aku semua jenis fabrik pun China menjadi pengeluar utama huhuhu


China adalah negara pengeluar, dia pembekal kain dan baju ke seluruh dunia. 


brocade putih hitam grey 

Kesimpulannya kain brocade ni mempunyai sejarah tersendiri,tak kuasa pulak aku nak baca sejarah dia cukup lah kot aku tau apa itu kain atau fabrik Brocade.


Kalau di Indonesia pula, kain brokat ini seperti kain lace yang berbunga timbul, yang memerlukan kain lining atau inner bila hendak digunakan.


Begitulah cerita kain atau fabrik Brocade, semoga yang membaca boleh faham serbah sedikit tentang apa itu kain Brocade.


Terima kasih kerana sudi membaca.


———————————

Untuk perincian dan pembelian berkaitan KAin Pasang kami boleh rujuk Link di bawah 👇


Link wassup 

https://wa.me/message/OUN332SXCMBUG1

https://wa.me/message/5VTDVJVFKEBXL1 


Link website 

www.lulukainpasang.com


Link Instagram 

https://www.instagram.com/lulu_shawl/feed/

https://www.instagram.com/kainlulu/feed/


Link Facebook 

https://m.facebook.com/lulukainpasang/

https://m.facebook.com/kainctnurhaliza/