BOLEH KLIK UNTUK TGK FB KAIN PASANG ONLINE |
Akak masih terlalu baru dalam perniagaan online, pengalaman pun ciput jer, setakat 3 tahun pengalaman nak gedik-gedik share kat blog, cerita ini hanya panduan untuk yang mahu mengambil sebagai iktibar jangan lah serious sangat kan lek lek jer baca sambil minum teh...ini pengalaman akak sebagai pembeli online yang tegar megar dan sebagai penjual online yang mempunyai semangat juang yang tinggi la la la
Kat bawah ini, akak share karekter pembeli online yang akak pernah jupa, munkin juga akak pernah bersikap seperti ini, sebelum ini akak dah share tentang sikap peniaga online DISINI
Jenis Pertama
Sejenis ni memang boleh buat hangin satu badan, bila seller lambat satu minit reply jer dia akan call macam hpon nak meletop, bukan setakat call jer dia wassup pulak tanya kenapa lambat reply why why and why...haduhhh engko memang jenis takda kesabaran kan, cuba lah fikir kot kot seller dok dalam tandas tengah termenung dek kerana keras sangat bahan buangan dia sebab tu lambat reply..bawa bawa lah bersabar dek.
Jenis Kedua
Ini memang selalu akak jupa, dia tak tau nak beli apa, semua jenis kain akak jual dia nak,akak punya layan bagaikan puteri santubong tetiba dia nak barang yang akak tak jual, gambar gambar orang lain pulak dia tunjuk. dek bawa bawa lah bertenang bila nak beli online yer pegi solat dulu mohon petunjuk agar cerah hati nak beli barang ape.
Jenis Ke Tiga
Adoiiiii yang ini memang tragis, dia punya buruk sangka tu macam pernah kena tipu tujuh keturunan, kalo engko takut sangat, tak yah lah beli online dik oiii. beli jer kat kedai kan lagi selamat, jangan lah anggap semua seller tu penipu, dah lah nama akak ni pelik bin ajaib, dia punya soalan sebelum bank in mak ai baik tak yah transfer dik oiiii.
Jenis Ke Lima
yang ni memang fening kefala tahap toing toing, mana tak fening dia bank hari ni tapi barang nak sampai esok, ingat hakak ni sebelah rumah dengan abang posto, boleh pesan-pesan kat abang posto hantar barang customer akak dulu yer abang posto
Jenis Ke Enam
Jenis yang ni memang sangat perihatin, bila dia dapat barang tu, dia akan inform sebaik baik yang munkin, dia akan bagi tau barang samapai dengan selamat dan dia akan akad sekali, kekadang akak tak sempat nak reply pun sebab terlalu busy.
Jenis Ke Tujuh
Jenis yang ni memang sejenis yang malas nak membaca caption, hantar lah panjang-panjang details barang, pastu dia akan tanya balek hahahaha, kadang-kadang tu dia tak baca pun semua detail, dia nak kita jawab sepatah sepatah soalan dia. haruh dek oii
Jenis Ke Lapan
Yang ni pulak yang jenis wassup satu perkataan jer 'pm' tak da intro tak da apa, akak pon tak tahu dia nak minta pm ape bende hahahha...korang ni berbahasa lah sikit pon ucap salam dulu ker, say hai ker, melompat lah sikit seller nak reply..kalo setakat ayat pm jer mau esok lusa baru seller reply huk huk uk
Semua ini hanya lah panduan akak agar tidak bersikap sebegini terhadap seller online, walau apa pun kita hanya lah manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan kan, kadang- kadang kita dipertemukan dengan orang-arang sebegini agar kita menjadi yang lebih baik lagi
ok lah sharing is caring....
2 Comments
Hahaha macam2 peel. Saya pernah nak beli online, janji nak COD, last2 seller tu buat senyap je,chat pun tak seen pula, sampai ke hari ni takda berita, hahah, dia rasa x berbaloi kot nk hantar barang sikit. Huhuhuhu, lepastu dah malas dah, beli kedai je kalau setakat nak beli sebatang lipstick. T_T.
ReplyDeletehi hi hi sabo je la :)
ReplyDeleteaida ni pembeli tegar. tak menjual apa pon.
jenis aida, aida akan survey bebetul dr segi harga & kualiti sebelum roger mana2 seller.
ye la kan, now fb and blog ramai reviewer.
so tak susah. bila da confirm, terus roger seller.
normally aida suka bila menjual, da siap2 letak harga, saiz, mode of delivery, warna, etc.
tak perlu aida personal roger lagi.
terus siap.
mcm kelmari (khamis) aida wasap satu seller online utk beli skirt.
24 jam tak reply. aida x marah la. sebab tau berpuluh org akan wasap dia kan.
ptg semlm (jumaat) aida wasap lagi. kekadang takut jugak aida tersalah wasap, kan.
terus dia reply a.s.a.p.
tak sampai 15 minit wasap, confirm order. lepas isyak aida buat payment :)
aida faham seller ni byk org nak layan. maka kita as buyer kena cepat dan tepat.
memudahkan keje seller :)