Kedai Online Saya

Header Ads

SEWA KEDAI ATAU SEWA RUMAH, YANG MANA LEBIH BERBALOI????


Setelah dua tahun menyewa rumah

Setelah dua tahun menyewa Rumah teres dua tingkat khas untuk menempatkan kain Pasang kami, akhirnya dapat pindah ke rumah sewa baru yang betul betul bersebelahan dengan rumah sendiri.

selama dua tahun sebelum itu kami menyewa rumah teres dua tingkat di kawasan belakang rumah sahaja.

rumah sewa baru bersebelahan dengan rumah sendiri

Rumah sewa baru


Rasa bersyukur dapat sewa rumah ni, mana tak seronok kalau pintu dapur sendiri dah bertembung dengan pintu dapur rumah sewa, kita orang dismantle pagar dan jadikan laluan keluar masuk ke rumah sewa tersebut.


Wahhh seronok sangat time masak masak boleh berlari ke sebelah rumah, snap gambar kain Untuk customer.


Pertama kali buat sales kain di rumah sewa baru, memang sepantas kilat kain sales berjaya dihabiskan mana tak best bila kau boleh berlari lari sabil masa masak, kemas rumah sambil ambik gambar order untuk si customer. 


Rumah sewa lebih fleksibel 

Aku lebih suka buat kerja banyak dalam satu masa yg sama, aku tak boleh buat kerja statik iaitu satu kerja sahaja, rasa macam lembab.


Bila seharian Aku buat kerja yang banyak, aku rasa produktif, bila aku hanya buat kerja rumah tanpa menjual, aku rasa lemau dan mood aku boleh ke laut.


Kiranya aku boleh masak sambil basuh baju sambil jual kain sambil mmmm semua pun boleh.

Bila waktu malam dan aku dapat siapkan banyak kerja di siang hari, hidup aku Lebih gembira dan seronok. Rasanya ramai wanita pun bersikap seperti ini.


Aku rasa ukuran kegembiraan hidup aku adalah bila aku boleh siapkan kerja kerja rumah dan dalam masa yang sama aku boleh serve customer dengan sebaiknya.


Aku boleh menjadi singa dan moody bila aku duduk rumah tanpa banyak melakukan aktiviti menjual dan menyiapkan kerja rumah. Aku rasa menjual adalah aktiviti yang memberi kesihatan yang baik bagi aku.


So bila dapat menyewa rumah sebelah menyebelah dengan rumah sendiri, makanya hidup aku makin ceria memandangkan aku boleh buat kerja yang banyak dalam masa yang sama.


Harga rumah sewa jauh lebih murah berbanding sewa kedai 

Rumah teres dua tingkat aku bayar sewa RM950 sebulan bagi aku sangat lah jimat jika dibandingkan sewa sebuah kedai di kawasan berdekatan rumah.


Aku pernah juga bertanya harga sewa kedai size yang sesuai dengan jumlah kain yang aku ada, harga sewa dalam rm3000-rm3500.


Memandangkan aku Lebih fokus kepada online semata mata so menyewa Rumah teres sebagai tempat aku berniaga adalah keputusan terbaik ketika ini.


Selain dari meniaga online, aku juga menguruskan rumah dan anak sepenuh masa, aku hanya ada seorang pekerja yang membantu urusan kain yang aku jual.


Memandangkan anak saudaraku yang bekerja dengan aku so rumah teres ni Memang sesuai lah, dia boleh duduk dengan selesa dalam rumah itu.


Disini aku senaraikan kelebihan menyewa Rumah teres berbanding rumah kedai 


  1. Sewa yang Lebih murah

  2. Staff boleh tinggal sekali macam aku staff adalah anak saudara sendiri.

  3. Parking kereta pun mudah

  4. Customer datang pun boleh

  5. Selesa untuk anak sekali bermain 

  6. Time yang fleksibel 

  7. Lebih privacy- tiada gangguan orang lain yang Bukan pembeli kain.

  8. Kawasan yang luas dengan harga yang murah


Terasa masa 24 jam ni, terisi dengan kerja kerja rumah dan meniaga kain, rasa seronok sangat, rasa lebih bahagia dan gembira.


Selalu orang tanya boleh datang kedai ker?? Takda kedai sebenarnya kami panggil online store atau rumah kain sahaja 


Asalnya rumah ni hanya Untuk Urusan jual beli online sahaja, tempat penyimpanan kain, packing kain dan Pengeposan sahaja.


Kami menjual kain belian roll juga kepada butik butik atau peniaga lain


Sebab ramai yang tanya boleh datang tengok kain tak? so kita pun open lah siapa siapa nak dtg boleh jur dtg tp kena buat appointment lah ye.


Daku berdua jer handle tempat ni so nak datang reramai sekali tu Memang tak dapat Nak bagi.


Once kami pun dah menjual kain belian roll kepada peniaga, Siapa yg nak beli Kain by roll boleh lah datang tengok sample dulu sebelum proceed pembelian roll.


Macam macam design kain yang ada, confirm korang confuse nak pilih mana satu, aku tak fokus sangat lagi Untuk jualan roll.


Aku just ambil order bila orang yang betul Betul tak cerewet, orang yang tak rushing, kalau jenis semua nak cepat, harga pun semua nak murah macam lah kain tu semua aku yang punya so aku tak nak ambik order yang sebigitu.


Aku Memang dari dulu meniaga rilek rilek sahaja, ada Customer seorang pun aku bahagia, ada customer ramai aku bersyukur.


Tiada customer aku boleh rilek mencari solusi, aku meniaga Untuk jangka masa panjang bukan Untuk sehari dua dan bertukar ke perniagaan lain. alhamdulillah aku berjaya mengharungi dugaan meniaga online selama 10 tahun.


Berniga dengan rilek rilek jer

Aku bermula meniaga sejak 2012/2013, permulaan Aku pun sebagai dropship Walaupun orang orang batch aku dah ramai yang memiliki kedai besar dan berpuluh cawangan kedai tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni.


Usaha aku tak sebesar mereka, aku hanya mahukan suasana yang tenang tenang disamping menguruskan rumah, suami dan anak


Ada sedikit duit simpanan, cukup bayar pendidikan anak, boleh pergi bercuti ke mana sahaja dan boleh sara hidup bapak aku pun dah cukup besar untuk aku.


Aku juga ada cita cita besar jika diizinkan Allah swt Namun aku jalani hidup ini dengan seadanya sahaja, no rushing dan no stress.


Panjang pulak celoteh aku kali ini, entah ada yg nak baca ke tak tapi seronok pulak bercerita macam ni, ada hormon luahan perasaan yang melegakan.


Terima kasih semua yg sentiasa support kedai online aku since sebagai dropship duuuuulu. Semoga kamu semua diberikan kegembiraan dan rezeki yang melimpah ruah. Aminnnn


——————————————

Untuk perincian dan pembelian berkaitan KAin Pasang kami boleh rujuk Link di bawah ðŸ‘‡

Link wassup 

https://wa.me/message/OUN332SXCMBUG1

https://wa.me/message/5VTDVJVFKEBXL1 


Link website 

www.lulukainpasang.com


Link Instagram 

https://www.instagram.com/lulu_shawl/feed/

https://www.instagram.com/kainlulu/feed/


Link Facebook 

https://m.facebook.com/lulukainpasang/

https://m.facebook.com/kainctnurhaliza/ 





Post a Comment

0 Comments