Kedai Online Saya

Header Ads

vaksin Covid19 dan kilang coklat Beryl's difasa endemik

Korang dah complete second dose tak? Atau tak vaksin lagi?

baju dan shawl yang aku pakai dari material wrinkle crepe 

vaksin AstraZeneca

Aku baru dapat first dose vaksin AstraZeneca so macam biasa lah second dose pastilah after 9 weeks bersamaan dengan dua bulan Lebih, lama tau nak tunggu dua bulan tu, adushhhh nak dine in pun tak boleh ehhhh.


Punya la lama aku nak menunggu dapat panggilan vaksin sekali dapat  AstraZeneca huhuhuhu cousin aku yang daftar lambat ni pun dah complete second dose hari ni, dia dapat vaksin sinovac yang hanya 20 hari complete second dose 


aku suka pakai baju dari material wrinkle crepe
sebab selesa dan takpayah gosok pun kemas 

Apa pun Alhamdulillah Dapat jugak lah vaksin, daripada Takda baiklah ambil jer yang ada tu, kita ni hanya berikhtiar serta bertawakal dan kepada Allah swt juga kita berserah semoga dengan usaha ini kita terhindar dari virus covid 19, itu ajer lah yang termampu 

 

tekstur kain yang menggerutu 

Ambil gambar baju untuk diletak dalam page

Sementara aku jadi driver sepupu aku ke pusat vaksin bukit Jalil, aku singgah sebentar di playground kawasan berhampiran rumah untuk snap gambar gambar baju dari material yang aku jual.


Bila berkesempatan keluar rumah pakai baju lawa lawa ni rugi pulak tak ambil gambar untuk di Promote dekat page, bila lagi nak melawa dengan baju dan shawl sendiri kan.


shawl wrinkle crepe ada beberapa warna sahaja
takpayah gosok pun cantik

Dah settle ambik gambar segalah, aku hantar lah cousin aku tu ke bukit jalil for second dose Corona Vac vaccine ataupun sinovac.


Aku pun baru tau yang Corona Vac vaccine ni adalah nama vaksin, sinovac adalah Nama pengeluar vaksin tersebut (Manufacturer/developer).


aku duduk jauh dari orang ramai sementara menunggu sepupu aku habis vaksin


Stadium bukit jalil.

Besar nau stadium bukit jalil ni, siap ada jual jual makan dan minum untuk orang orang yang ambil vaksin, ramai yang tersadai menunggu di luar.


Aku tak tahu lah diorang ni tunggu siapa, munkin lah semuanya pun menunggu dependent, meriah sungguh, kawasan bukit jalil ni, meriah dengan jual jual makanan dan minuman.


daripada bawah tu sampai ke atas sana berderet stall jual beli makanan 

Bagus juga, kalau tak nanti berlapar pula menunggu dependent yang beratur nak kena cucuk, tapi aku tak beli apa pun walaupun aku memang tengah lapar.


Aku tak beli sebab memang aku jarang bawa duit cash dan aku memang tak nak beli sebab aku dah plan nak singgah kilang coklat, satu lagi aku tak beli apa pun sebab berat aku dah naik.


lebih kurang sejam jugak lah aku menungu kat luar ni

Aku rasa ini kali ke 4 seumur hidup aku datang ke stadium bukit jalil, pertama kali dulu masa aku di universiti shah alam, masa tu ada festival apa entah, aku dah lupa, itu kali pertama aku jejakkan kaki ke stadium bukit jalil


Kali ke 2, aku bawa Aqeela dengar talk pasal swimming Lesson, kali ke 3 dan 4 sebab hantar cousin aku vaksin.


paper beg coklat beryl's pun menarik tau

Singgah di kilang coklat beryl's

Ok dah settle vaksin, daku hantar lah cousin aku tu balek rumah, kebetulan memang rumah dia bersebelahan dengan kilang coklat Beryl's so aku pun singgah sebentar.


Ohhh wauuu dah makin maju kilang ni, siap ada cafe untuk minum, ada macam stall untuk roti dan Ice cream tapi dua tempat ni tak buka lagi sebab covid19 


barisan coklat beryl's yang ada

Bahagian kedai coklat tu memang buka je so aku pun beli lah apa yg patut, aku tak ada lah nak borong sebab aku kan diet. Aku bila ada coklat kat rumah, mulut aku tak boleh Control.


Di rumah tu bukan makan sangat benda benda manis ni, melainkan coklat yang ada kacang laku sikit. So aku decide beli tiramisu untuk aku dan dark almond coklat untuk si suami


nak dijadikan hadiah dan ole ole pun best, harga pun berpatutan 

Aqeela aku beli coklat strawberi, aku tak tau dia suka ke tak, kalau buah strawberry tu dia memang hantu, kalau coklat tak pasti lagi sebab jarang dia dapat makan coklat sebegini.


Aku dah pilih semua than bayar sambil makan coklat tiramisu, ya ampunnn sedap giler, serius sedap dia tak boleh bawa berbincang.


tempat dia best bersih dan kemas

Dapat pulak free coklat beryl' daripada cousin tadi

Dah siap bayar, dah keluar pun dari kedai tu than aku patah balek sebab nak beli lagi coklat tiramisu, takut tak cukup. So aku masuk beli lagi satu packet. Mmmm nafsuuuu tak boleh Control.


Dapatlah aku dua beg coklat Beryl's semuanya, memandangkan kilang coklat Beryl's sebelah ajer dari rumah cousin aku so dia jalan kaki balek than aku teruskan perjalanan balik rumah.


Dah Say thanks segalah dia pass pulak satu beg coklat Beryl's yang dibeli tadi, ohhhh my, bertambah lah berat aku.


antara coklat pilihan aku 

Nak bersyukur ke nak sedih ni, banyak nya aku dapat coklat Beryl's tapi tak apa jiran jiran sebelah rumah aku kan ada so boleh bagi diorang sekali. 


Banyak banyak ni aku risau, aku termakan banyak dan hidup murung selepas berat badan aku naik lagi.


Ok lah, kalau korang ada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, boleh lah listkan Beryl's salah satu tempat untuk dikunjungi bersama kaum keluarga.


nak bagi hantaran juga cantik dan menarik 

Jualan online coklat beryl's

kalau korang nak cari hadiah kepada seseorang pun boleh singgah di Beryl's, dah siap kotak lawa lawa pun ada korang pilih je mana sesuai.


Untuk kunjungan bersama anak anak pun memang best. Anak anak pasti teruja,  Hopefully tak berapa lama lagi cafe tu dah boleh beroperasi so aku boleh lah datang sana semula.


Bila dah buka nanti, aku ku kabarkan kepada donniaaaa, hebat tak aku??? Okelah sampai sini sahaja celoteh kita hari ni.


Ok guys coklat Beryl's jugak ada buat jualan Online, yang jauh tu boleh beli online, macam ada free shiping nampaknya nye DISINI

Oklah sampai sini dulu cerita aku, lain kali aku cerita lagi ye, Jangan lupa Support bisness Online aku tau, terima kasih semua 



———————————

Untuk perincian dan pembelian berkaitan KAin Pasang kami boleh rujuk Link di bawah 👇


Link wassup 

https://wa.me/message/OUN332SXCMBUG1

https://wa.me/message/5VTDVJVFKEBXL1 


Link website 

www.lulukainpasang.com


Link Instagram 

https://www.instagram.com/lulu_shawl/feed/

https://www.instagram.com/kainlulu/feed/


Link Facebook 

https://m.facebook.com/lulukainpasang/

https://m.facebook.com/kainctnurhaliza/






Post a Comment

0 Comments