Rindunya nak mengopi dengan makcik ni, orang bussines suka mengopi time mengopi boleh bagi banyak idea dalam Bisnez. Sejak covid ni memang dah lama tak mengopi, memang buntu, otak lemau, kotak idea pun dah kosong, nak isi semula tunggu habis pkp lah jawabnya, kadang stress jugak tapi tak lama lah, kejap kejap jer stress, tak boleh lama-lama nati rugi.

GAMBAR TAHUN 2015 SBLM AQEELA WUJUD 

Kawan sebelah tu asalnya daripada negara China, datang Malaysia untuk meniaga, skill meniaga dia memang power takpayah pakai Adds pun bussines boleh jalan, tak macam aku memang bergantung harap pada Adds jur, itu aje lah yg ku gheti, makcik ni memang tak nak, dia suka guna shoppe dan agen je aku pulak tanak dua benda tu, entah lah munkin aku jenis tak suka deal dengan banyak orang ehhhh Yeker entah lah..


Banyak kecekalan dan kebaikan dia ni yg boleh dijadikan contoh, jujur dan baik orangnya, dia akan tolong kau sampai lah kau boleh buat, dia akan bagi tunjuk ajar sampai lah kau kata ok aku dah faham, dia tak berkira bab ilmu, aku pun tak malu bila minta sesuatu dengan dia munkin sebab berlainan bangsa kot hahahhaha macam ada ku kesah. Kalau kengkawan lain macam segan sikit nak minta itu ini, takut depa tanak bagi tau ke, tanak ajar ke gittewww, ke aku yg buruk sangka hentahlaha..



RUMAH MAKCIK HELEN 3 TINGKAT, DUDUK SORANG, DIA ADA BANYAK RUMAH, INI RUMAH YANG KE BERAPA ENTAH


Dalam bussines kita jugak kena ada kawan atau mentor supaya bila down atau stress ada tempat untuk meluah, down pasti tak lama, selepas itu semangat kembali berkobar kobar semula, bila takdak kawan, kita rasa macam sensorang je, kadang nak bertanya, kadang nak berborak, kadang nak menjawab, kadang dan terkadang semua perlu diluahkan untuk lebih rasa tenang dan kembali bersemngat dalam bisnez.


Tapi kena pandai cari kawan yang positive,kawan membawang jangan lah, kita ni dah tua, tak lama lagi akan mati, masa pun singkat je, kalau masa tu dibuang untuk membawang kan rugi dah kat situ, nak ditaubatkan lgi kang tak sempat pulak so jauhkan lah kawan kawan gitu, muda muda dulu dah dibuat so dah tua tua ni sudah sudah lah ye.


SUPPLIER MASA KE CHINA, SBLM BAYAR NI KITA CALL MAKCIK HELEN SUH LAH DIA DEAL DENGAN CHINA NI KOT AKU KENA TIPU KANG


Orang pertama ajar aku bussines makcik helen, dia bagi keyakinan untuk aku resign, dia yg buat kira kira duit aku bila brenti kerja, hahaha itu yang aku yakin resign tu, aku panggil dia makcik Helen sejak Aqeela ada lah tu, dia jugak yang bagi keyakinan kepada kami utk pergi China, dia yang bagi semangat dan tak payah guna agen bila ke China dia janji akan tolong aku


Ya aummpun memang susah jugak masuk China bila kau tak pandai berbahasa China, allahuuu depa kan tak heran dengan orang luar, depan tak ghetiiii langsung english kalau jumpa yg gheti english munkin yg dah belajar kat luar negara kot, memang patut pun peniaga guna agen je datang China lagi selamat.


Kami bernasib baik lah juga sebab sejak awal makcik helen guide so takda lah sesat barai kat china sana tu, seronok tau dapat pergi tempat yang memang dah lama nak pergi, insyaallah ada masa nanti daku cerita macam mana nak ke sana tanpa bantuan agen.



——————————————

Untuk perincian dan pembelian berkaitan KAin Pasang kami boleh rujuk Link di bawah ðŸ‘‡


Link wassup 

https://wa.me/message/OUN332SXCMBUG1

https://wa.me/message/5VTDVJVFKEBXL1 


Link website 

www.lulukainpasang.com


Link Instagram 

https://www.instagram.com/lulu_shawl/feed/

https://www.instagram.com/kainlulu/feed/


Link Facebook 

https://m.facebook.com/lulukainpasang/

https://m.facebook.com/kainctnurhaliza/