Giler rindu nak pegi sini, International City Textile Ghuanzau, syurga kain kot boleh hilang ingatan bila sampai,ko lupa terui Kain ape nak beli, dah 5 hari pun masih lupa tatau kain apa nak pilih. Last kau bawa sample Kain free penuh satu bilik hotel, dalam bilik kau pening lagi nak pilih mana satu, bila dah sampai Malaysia ko termenung bila ingatan kembali pulih.
Pertama kali ke luar negara memang pengalaman yang sangat manis, pergi hanya bertiga dengan suami dan anak kecil tanpa melalui agen, hari ke 3 jugak lah baru faham selok belok pembelian barang di china, rasa teruja, rasa kecewa, rasa kelakar dan macam macam rasa yang ada.
DAPAT DEAL DENGAN SATU SUPPLIER NI JERLAH, SEBAB LAST MINIT BARU JUMPA ORANG YANG FAHAM APA YANG KAMI NAK, YANG LAIN SEMUA BLUR, SERIOUS DIORANG TAK BOLEH BERBAHASA INGGERIS SO COMUCATION FAIL |
DALAM FLIGHT KE CHINA |
BERIBU KEDAI MACAM NI, DALAM 2KM NAK JALAN ROUND KEDAI-KEDAI MACAM NI |
Kedai Kedai dalam tu sample sahaja, ko ambik lah sample tu sebnyak mana ko nak tanpa bayaran,hari pertama sampai, aku lenggang kangkung je, hari ke dua aku bawa luggage sebesar alam penuh kan, entah lah perangai Jakun ke haper, Memang dia bagi free jer semua sample tu, semua Kedai pun Lebih kurang kain yang sama je, harga pun Lebih kurang sama, aku pun tak faham apa beza dia, kalau pandai tawar dapat lah murah kot, semua kain pun jenis berkualiti dan terbaru.
SEPANJANG JALAN DARI JALAN MASUK SAMPAI AKU PUN TAK TAHU MANA PENGHUJUNG DIA |
hari pertama daku malu-malu nak ambik sample banyak, ku rasa macam kang rugi pulak dia, hAri seterusnya aku dah lupa asal usul, malu pun dah tinggal kat hotel, daku heret lah luggage tu masuk ke kedai, depa letak pulak tu dlm beg, dlm sample tu Memang ada contact no, weechat detail kedai so memang sampai malaysia senang contact depa, scan je lah buku sample tu, keluar lah company tu, ohhh aku pun baru tau sebenarnya, sebelum ni aku main rembat jer sample tu, sampai Malaysia baru tau apa nak buat, godek godek apa yang ada itu yg akhirnya oh beginilah caranya gittewwww.
YANG TU BUKAN LUGGAGE AKU TU, ORANG LAIN PUNYA, ENTAH MANA TUANNYA BERJALAN |
AQEELA SEBELAH KANAN, PAKAI TSHIRT GITU JE PADAHAL TIME NI SEJUK MACAM KAT GENTING |
Satu je nak pesan untuk yang pertama kali nak pergi ghuanzau china, sebaiknya pegi dengan agen tapi kalau korang jenis macam aku yang sukakan cabaran dan kedekut keluarkan duit bayar agen so boleh lah gamble datang sensorang atau berteman dengan kawan kawan. Kalau pertama kali amek masa 10 hari baru lah seronok meredah Ghuanzau.
Ok lah terpanjang pulak pengenalannya tadi just nak bagi tau pasal Siapa nak join order Kain roll boleh lah contact kami.
Untuk peniaga KAin, founder baju, founder kain lap kayangan, nak join order KAin boleh check tarikh yg ada free Shipping China - Malaysia Nanti paastikan follow instagram untuk dapat update pantas dari kami
MAIN ENTERANCE DIA TATAU MANA SATU, HUSBAND AKU TU MEROKOK KAT LUAR BERANGIN SEJUK UDARA DIA |
KAWASAN DALAM DIA MACAM NI LAH, MEMANG LUAS SANGAT SATU HARI SATU MALAM TAK BOLEH NAK HABISKAN JALAN KENA SEBULAN KOT |
——————————————
Untuk perincian dan pembelian berkaitan KAin Pasang kami boleh rujuk Link di bawah 👇
Link wassup
https://wa.me/message/OUN332SXCMBUG1
https://wa.me/message/5VTDVJVFKEBXL1
Link website
Link Instagram
https://www.instagram.com/lulu_shawl/feed/
https://www.instagram.com/kainlulu/feed/
Link Facebook
0 Comments