Huuhuhu baru nak update blog, resepi diet kakak memang simple dimple yang amat.
Kakak merasakan tahun 2019 ni semua orang plan nak kurus dan cantik, kalo tengok fb dan ig macam-macam tips nak kurus, bab menu kurus jangan cakap lah memang banyak giler korang pilih jer mengikut kemampuan peti ais korang di rumah.
Kakak pun salah sorang yang dah nampak cahaya kurus diawal 2019 hahahah, nak kurus paling penting kena jaga pemakanan dan work out, kena consistent bukan hangat-hangat taik ayam ja.
sodap tauuuuu |
Ok lah kakak nak share menu sayur peria (kambas) goreng yang simple tapi sedap dan memang tak cukup sepinggan makan.
1) Potong nipis kambas selepas dibuang bijinya, kalo takut pahit boleh rendam dengan air garam sikit, semua sayur kakak akan rendam dengan air garam sebelum masak.
2) Ketuk bawang putih bebarapa banyak yang korang suka, akak memang letak lebih lah peminat segalah bawang
3) Hiris nipis sebiji bawang besar, kalo suka lah kalo tak suka pun tak per.
4) Telur sebiji pecah dan kacau dalam mangkuk lain.
menu dayet... |
Cara memasaknya.
Panasakan kuali dengan minyak yang sedikit kemudian goreng bawang putih hingga naik bau atau sehingga warna mula kekuningan, kemudian masukkan bawang besar tadi kacau biar bawang besar menjadi layu di ufuk timur, kakak lagi suka bawang tu ada riak riak garing baru sodap
Bila bebawang dah cukup garing maka letak lah telur tadi, kacaukan telur bersama bawang, biarkan telur betul2 masak atau nampak macam garing jugak tau kemudian masukkan garam dan perasa ikut suka korang nak banyak mana pun.
Telur dah nampak sebati dengan bebawang maka tiba lah masanya menuang sayur kambas tadi, goreng sampai mesra kesemuanya, sayur dan nampak layu boleh letak sedikit minyak bijan untuk naik seri muka atau naik bau aummm dekat masakan, kalo ada bawang goreng lagi sodap
Ok dah siap boleh lah hidang, memang sodap hingga menjilat jari...mudah kan...
share dengan anak pun boleh, tak pahit punnnn |
itu ja nak share....
0 Comments