Assalamualaikum.

Misi tidak berjaya 
Baru-baru ini, daku ke Butterworh atas urusan perniagaan kain jualan online, kononnya mahu berjumpa dengan supplier kain yang lebih murah dari biasa.

Namun misi ini tidak berjaya berjumpa dengan kekasih hati ku, siapakah kekasih hati ku itu, pastinya kain yang syantik itulah, kiranya balek dengan tangan kosong ajerlah.

kain pasang soffy cotton

Namun tak mengapa sebab sebelum bertolak ke sana pastikan ada plan A dan plan B, plan A kitaorang ialah membeli kain pasang yang berkualiti manakala plan B pula ialah makan nasik kandaq sampai fining.

Misi ke-2 berjaya yeyyyy
Walaupun misi plan A tidak berjaya, namun plan B pulak fulamakkk berjaya makan sampai fining lah, memang nasik kandaq dia tip top, daku tak minat sangat nasik yang over berat sperti ini, tetapi memandangkan top feberet si suami makanya daku layannnnn kan je lah zassssss.

Gambar nasik kandaq tak ambik lah, daku kebiasaanya letak henpon dalam kereta sebab tak nak menambahkan lagi berat mendukung anak hahaha.

Apa yang daku nak share, kedai-kedai dekat pekan butterworh banyak yang beroperasi dari rumah kan, kiranya rumah teres tu merangkap rumah dan kedai sekali, macam restoran nasik kandaq yang kita orang makan ni memang dekat kawasan rumah teres, cari paking pun kena melalui rumah orang, mula-mula tu eh eh eh kita makan kat rumah si mamak ke ni.

Kedai supplier kain yang daku jumpa pun alamat rumah teres, kitaorang memang gaduh dengan waze le sebab bagi jalan ke rumah banglo orang pulak, tak pasal-pasal waze ni yang kena marah hahaha padahal memang diorang ni beroperasi di rumah merangkap kedai dan ofis.

kain pasang linen satin silk 


Nasib baik lah waze tu faham dengan nasib dia, tenang ajer  sambil tetap dengan pendirian 'you arrived to the destination' berulang-ulang dia sebut nya.

Aroma hotel
kitaorang stay satu malam di http://www.aromahotel.com.my/, hotel ni jer nampak dari luaran macam best, tapi bila naik atas tu memang betul aroma sungguh hotel dia, sampai rasa tak cukup oksigen hahhaah.

serious daku bersin ajer sebab udara tak bersih jer, hotel ni besar dan banyak bilik tapi yang peliknya dia tak guna centralized air conditioning  pun, dia guna aircod sebijik-sebijik macam dekat rumah mau tak udara kotor tak keluar.

view hotel waktu siang 

Kawasan Aroma hotel ni memang meriah lip lap lip lap, deretan kedai dia design ala-ala rumah teres paragon ghituuu, mostly kedai dia konsep pub ke club macam tu, so bila konsep pub so semua kedai ada iklan minuman haram minasyaitanirojin. 

kitaorang keluar cari kedai mamak je lah nak makan kedai lip lap lip lap tu tak dapat lah, boleh tengok dari atas hotel jer lah.

view hotel ketika malam, deretan kedai ni lah yang meriah ceriah waktu malam, memang happening sampai kaitaorang pun fining tak tau nak buat ape kat sini

ini lah rupa paras bilik kitaorang, primer deluxe king room

Sebelum bertolak ke butterworth kakak memang survey harga hotel kat trivago, traveloka dan banyak lagi, tpi macam biasa website hotel itu sendiri harga lebih murah berbanding dengan trivago dan lain-lain aplikasi.


beli 2 jenis macam ni jer dalam beberapa packet



Jeruk Pak Ali
Dalam perjalanan balek KL, kitarong sempat singgah beli jeruk pak Ali rm13 utk tiga packet, di luar daripada KL kebiasaannya jeruk Pak Ali rm12 se packet so beli lah sikit untuk makan-makan di rumah nati.

Ok sampai sini dulu ceritanya, jagan lupa tau jenguk website kain pasang kakak di www.lulukainpasang.com

Kadang kadang kita kena berjalan dan mencari apa apa idea untuk memajukan perniagaan kita yang ada, tidak semua yang kita rancang akan berjaya, tapi pengalaman dalam ketidakberjayaan itulah akan menjadikan kita lebi faham selok belok pernigaan.

Apa yang paling penting usaha keras dan jangan berputus asa yayeyyy. 


———————————

Untuk perincian dan pembelian berkaitan KAin Pasang kami boleh rujuk Link di bawah 👇


Link wassup 

https://wa.me/message/OUN332SXCMBUG1

https://wa.me/message/5VTDVJVFKEBXL1 


Link website 

www.lulukainpasang.com


Link Instagram 

https://www.instagram.com/lulu_shawl/feed/

https://www.instagram.com/kainlulu/feed/


Link Facebook 

https://m.facebook.com/lulukainpasang/

https://m.facebook.com/kainctnurhaliza/