Kedai Online Saya

Header Ads

CLEANSR SK 2

Assalamualikum...

Sudah seminggu menggunakan cleanser dari body shop tapi hasilnya tak memberangsangkan, harapan macam terkubur jer, kena guna semula cleanser sebelum ini iaitu skII.

Daku bertukar cleanser disebabkan oleh harganya yang mahal, namun percubaan pertama bertukar produk nampaknya gagal menunjukkan result yang baik.
rm248 tak silap harga dia, tapi beli sephora online dapat murah sikit

Sebelum ni daku ada share tentang produk muka skII DISINI ya daku menggunakan cleanser sk11 bermula pada tahun 2015, time tu daku tengah mengandung yang menyebabkan kulit muka yang kusam dan kering kontang.
pernah cuba sekali jer produk ni rm500+ kesan dia memang cun tapi lepas tu tak nak beli dah..

Harga dia memang cekik darah, tapi hasilnya tak perlu tunggu sehingga 7 hari pun dah kulit jadi sihat, walaupun harga dia yang amat pricy tapi memikirkan kesan pada kulit wajah yang amat baik dari produk-produk lain sebelum ini makanya daku tutup mata saja lah cuba cut cost perbelanjaan lain semata mata mahu menggunakan poduk sk2.
now masih setia dgn yang ni,untuk elakkan muka kusam dan bgi muka nampak glowing 

Yang terbaru daku hanya menggunakan dua benda sahaja iaitu uv protector dan cleanser dari sk2, dua benda ni lebih kurang rm600 untuk penggunaan selama 4 hingga 6 bulan, bertahan lama sebab pakai jimat tersangat, cleanser daku sorok dibalik barang-barang mandian lain agar si suami tak main pakai jer hahahah, dah lah pakai cleanser macam pakai syampo, kalo kedudukan bertukar arah sah si suami telah mengurangkan masa sk2 bertahan lama mmmmm.
ni pon dah cuba tapi yang dia bg free, mostly semua produk dah cuba sebab dia bg free masa beli, dia tak bagi yang sampel packet kecik tau dia, bagi dalam botol tau, so leh tahan sebulan dua 

Sekarang ni daku mengumpul duit semula untuk membeli produk sk2, kena kumpul rm1200 untuk pembelian produk sk2 bagi penggunaan selama setahun, kiranya daku beli siap2 dua botel cleanser dan dua botol uv protector, sebab apa kena buat macam ni sebab boleh dapat macam-macam free produk sk2.
 
Daku tak perlu beli  masker, essence dan banyak lagi yang mereka bagi secara percuma, bukan itu jer mereka bagi voucher jugak untuk shopping dalam pakson. Memang berbaloi jugak lah, jika membeli dengan harga pembelian rm1000 dan keatas.

Sebenarnya cerita ini berada dalam draft since 2018 lagi, tidak di publish sebab, entahlah tidak di delete juga disebabkan oleh rasa ia telah membazirkan masa daku menulis dan delete, menulis dan delete begitu lah dari dulu hingga kini dan akhirnya blog semakin dilupakan.

Berkaitan sk2 di tahun 2022 ini, daku masih setia dengan satu dua produk sahaja kerana produk sk2 memang the best untuk semua kulit dan semua orang tapi itulah yang bagus ni sudah semestinya mahal mmmmm itulah dan begitulah...





Post a Comment

0 Comments