Assalamualaikum semua....

Lama sungguh sistur tak menjengah blog, nasib baik password sentiasa save dalam semua desktop, laptop, tab dan hand phone huhhhhh kalo idok mau sistur lupakan blog buat selama lama nya, malas nak sress kan diri mengenangkan perangai diri sendiri yang sentiasa hilang ingatan bab password.

Sebenarnya sistur menghilang dalam blog bukan sebab malas menulis tapi sebab takda ruang yang selesa untuk menulis hahahaha, gediksss tak alasan dia.

Terlalu banyak cerita dan berita tengtang kehidupan peniaga online yang boleh dikongsikan dalam blog, cumanya alasan terlalu banyak bila nak mula, haishhhh dugaaaan..

Bab yang paling best bagi seorang peniaga online ialah bila customer bagi feedback best best tentang produk kita yang dia dah beli,rasa macam nak bagi free jer semua kain yang ada hikhikhik. Nasib baik sistur bukan pakcik Jakel kalo idok sistur bagi free kain kat semua customer yang memuji kain sistur is the best in town.
warna terbaru dari material kain heavy premium como crepe nak detail lebih pegi je skodeng website lulukainpasang.com
Bulan syawal tadi kan sistur ada buat contest raya, mana tak best bila pertama kali nya sistur buat contest  baju raya bergaya, pemenanng pulak boleh pilih warna kain yang dia suka samada dari jenis kain sakura cotton silk ataupun heavy premium como crepe, pencarian selama 30 hari sehingga habis bulan syawal dan baru baru ni sistur dah pun umumkan 5 orang pemenang, hadiah pun dah di pos, alhamdulillah berjaya juga buat walaupun sistur tahu jika contest tak dibuat pun, mereka tetap hantar testimoni dan gambar-gambar kain yang mereka dah buat baju macam sebelum sebelum ini, namun semua ni sistur buat dengan niat nak bersedekah.

Laman web lulukainpasang.com pun dah beroperasi sepenuhnya, setelah lebih kurang 4 tahun berniaga menggunakan facebook kainpasang murahdancantik, rasa gembira sangat bila website sistur dah menghasilkan duit ahaksss, bila terfikir hasil dari niaga online ni kan rasa macam tak percaya pun ada, customer pulak ingatkan sistur ada kedai sampaikan dia waze alamat yg ada kat fb, bila sampai, kedai tak jumpa jumpa adoiii mati lah nakkk sistur niaga online sahaja, details kat fb pun ada bagi tau meniaga kahen pasang online sahaja, bila baca wassup dia kan sistur sedih sebab dia bagi tau dia dah sampai nak tengok kain, naik motor jauh pulak semata mata nak tengok sendiri, nak pakai untuk bridesmaid katanya
Pegi lah jengok kain kain kat web, ada yang clearance sale tau
Sistur ada kahen baru lagi tau sejenis Linen ,baru aje seminggu so gambar gambar pun tak sempat update dekat website kalo nak tengok kena jenguk fb atau intagram dulu lah, sistur sebenarya dah amek gambar tetapi kan si hincik suami tak suka gambar gambar tu, tak syantik katanya so sistur lupakan dulu tunggu hincik suami free dan dia tolong amek gambar lah. my suami ni dia punya cerewet, mak zuke pun serem nak bekerjasama, haa jangan main main.
Ni lah kain baru kite, nama dia Twist Linen cotton bidang 60' kalo korang nak tengok banyak warna lagi klik jer link Fb tau
Bila dah mula menulis ni kan macam tak nak stop pulak, entah entah takdak orang yang baca la la la la,ok satu lagi,  kesahnya  customer akak yang kengkadang sistur rasa macam nak haissss macam nak haisssssh jer lah, ye lah mana tak nya sistur baru pos kain semalam tapi dia punya tanya macam dah pos seploh tahun...
sistur sayang customer ni sebab dia prihatin sangat, harap dia tak baca lah kat sini, kang merajuk tak nak beli kain dah 
ok satu lagi nak cerita ni hihhi, nak bagi tau yang sistur ada buat open house sale dekat website, murah murah jer kain nya tapi kualiti memang terbaik dari ladang, kalo nak detail lebih lanjut boleh klik link kat bawah ni tau..ok lah babai semua nati kita jupe lagi naaaaaa

murah murah jer, mai lah jenguk2 kot ada yang terkenan kan