Tak lama lagi Aqeela akan memasuki umur setahun lima bulan, dia dah pandai merengek untuk di bawah keluar berjalan - jalan, bukan main happy bila dia dapat melangkah keluar dari pagar rumah dia boleh terkekek kekek sampai ke tidur malam nati hahaha, mak pulak yang stress melayannya, mana tak stress bila mak tengah lipat baju, dia bawa tudung suh mak pakai, bila sarung jer tudung dia boleh senyum riang sambil bersiul siul, eh tak lah yg tu tipu..dia tak minta kuar pun bila mak dah siap pakai tudung, dia buat kerja lain pula, bila mak buka jer tudung dia boleh menjerit nangis-nangis macam kena pukul, geram pulak mak nengoknya, terpaksa lah mak sarung semula tudung sambil lipat baju, serious tak paham napa dia suh mak pakai tudung kalo ajak keluar ok lah kan, agak-agaknya dia pun stress nengok rambut mak yang kerbang tak bersikat..
![]() |
aktiviti bila petang, berjalan dan berlari di taman berhampiran dengan rumah |
![]() |
dia rasa teruja bila dibiarkan berjalan, berlari keseorangan, mak perhati aje gaya anak sorang ni |
![]() |
sekali sekala bawa dia ke kedai buku dan minta dia pilih buku kegemaran dia, ntah buku apa yang dia nak, semua buku pun dia punggah penat mak letak semula ke tempat asal |
![]() |
harap bila besar nati rajin lah baca buku |
![]() |
pusat sains negara damansara |
![]() |
taman rama-rama tapi ikan yang banyak, rama-rama sektul dua je |
![]() |
baru sampai kampung terus melawat kebun durian, membiarkan dia berlari bebas |
![]() |
budak kampung ke budak bandar ni |
Kanak-kanak mengalami tekanan dari hal-hal keluarga seperti perceraian, pergaduhan, hubungan tegang antara ibu serta ayah, dan lain-lain,terkadang dibuli di sekolah atau diganggu oleh saudara kandung, kerja rumah yang berlebihan, bergelut dengan kelas atau mata pelajaran di sekolah, dan sebagainya. Ingat, tekanan anak-anak anda mungkin datang dari sumber yang anda tidak disedari.
![]() |
bawa dia jalan-jalan di shopping komplek, borak-borak apa yang dia nampak di persekitaran |
Tanda-tanda kanak-kanan mengalami tekanan
Gejala-gejala fizik: Kanak-kanak yang tertekan boleh menunjukkan gejala-gejala fizikal, seperti cirit-birit, ruam, tidur yang tidak lena atau tidak mahu tidur, perubahan selera makan atau mual.
Gejala psikologi emosi: Seorang kanak-kanak yang tertekan mungkin mengalami kemurungan, sensitif yang berlebihan, atau tidak mahu bergaul dengan orang lain atau keluarga sendiri. Kanak-kanak yang tertekan juga mungkin agresif atau sering marah.
tanda -tanda kanak-kanak mengalami tekanan tidak berbeza daripada orang dewasa tetapi anak-anak tidak mempunyai keupayaan untuk mengawal perasaan tertekan mereka perlukan bantuan orang dewasa, ibu - bapa sepatutnya perlu peka dalam hal ini
Beberapa langkah yang patut diambil bagi mengawal tekanan kanak-kanak
1) Belajar mengenali gejala-gejala biasa tekanan kanak-kanak. Memahami perkara-perkara yang menimbulkan tekanan daripada orang dewasa, Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui apa yang perlu membantu mengurangkan tekanan kanak-kanak,
2) Galakkan kanak-kanak menyatakan perasaan mereka, ajari mereka bagaimana mengenali tekanan perasaan agar mereka dapat mengenal pasti emosi seperti kesedihan, ketakutan dan kebimbangan cara ini adalah langkah pertama untuk mengurangkan tekanan dan dapat membantu mereka mengatasinya.
3) Kurangkan keadaan yang anda kenali sebagai penekan. Sekiranya anda mendapati bahawa keadaan tertentu mungkin menyebabkan tekanan pada kanak-kanak, lakukan apa yang anda boleh untuk mengurangkan kejadian tersebut seperti bawalah mereka bersiar-siar, bermain atau bercerita tentang kasih sayang.
4) Mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kesyukuran dan penerimaan. Kanak-kanak harus digalakkan menjadi diri mereka yang paling tulen, menyatakan diri mereka yang sebenar dan ibu bapa seharusnya menunjukkan bahawa mereka diterima dan dihargai.
5) Menggalakkan kesihatan fizikal. Pastikan kanak-kanak mendapat makanan yang sihat, jauhi makanan yang tidak sihat seperti jajan untuk mengatasi beberapa kesan negatif tekanan pada kanak-kanak
6) Memimpin melalui teladan. Apabila anda menggunakan teknik untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan anda sendiri, secara langsung anda memberikan rujukan untuk kanak-kanak menjadikan anda sebagai contoh tauladan. Cara terbaik untuk mengajar kemahiran mengawal tekanan adalah dengan menggunakannya sendiri.
7) Berkomunikasi melalui cerita. Kanak-kanak tidak mempunyai kesedaran diri sendiri seperti orang dewasa dan mereka tidak mempunyai keupayaan untuk menyatakan apa yang mereka rasa, Apabila anda melibatkan kanak-kanak dalam bercerita, anda membolehkan mereka mengaitkannya dengan konsep berkomunikasi di peringkat usia mereka, gunakan buku terapeutik dengan watak kanak-kanak yang boleh berhubung dengannya.
8) Bercakap cakap dengan mereka dan dengarkan dengan teliti apa yang mereka katakan. Cuba buat cadangan bagaimana mereka dapat mengatasi tekanan mereka, namun elakkan berteriak pada mereka atau menjerit jerit ini akan membuat mereka berasa lebih teruk dan tertekan
9) Bagi umat islam ajari lah anak-anak tentang kewujudan Allah SWT seawal usia, sentiasa mengingatkan tentang solat serta terapkan nilai-nilai murni di dalam rumah, hindarkan suasana negetif bila berada di mana-mana sahaja.
sharing is caring dan Semoga bermanfaat untuk diri sendiri....
9) Bagi umat islam ajari lah anak-anak tentang kewujudan Allah SWT seawal usia, sentiasa mengingatkan tentang solat serta terapkan nilai-nilai murni di dalam rumah, hindarkan suasana negetif bila berada di mana-mana sahaja.
sharing is caring dan Semoga bermanfaat untuk diri sendiri....
0 Comments