Kedai Online Saya

Header Ads

LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST

Assalamualaikum...
LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST
 (https://www.lazada.com.my/online-revolutionyang akan berlangsung dari 11 November hingga 14 Disember 2017.

Baru pertama kali join Lazada Online Revolution Blogger Contest, bersemangat waja join sebab nak menang contest, agaknya memang semua kaki shopping ada feeling gitu eh.. rasa terangkat satu badan bila dengar Lazada buat contest mana tak terangkat kalo hadiah dia maaanyak best, kaki shopping macam akak pastinya tak nak lepaskan peluang keemasan so gigih lah mencari blogger yang dah lama bergelar contestant, nak minta petunjuk agar diberikan cara bagaimana menyertai Lazada Online Revolution Blogger Contest dan alhamdulillah dengan baik hatinya sis HAWA kita ni bagi lah petunjuk DISINI.

Kempen besar-besaran LAZADA telah bermula pada 11.11 sehingga 12.12 tahun 2017, terasa kebaboom betul kempen LAZADA kali ni, bila sebut jer kempen LAZADA akak terbayang kemeriahannnya macam boom boom boom kebaboom bunyi mercun, wow semangat giler akak nak shopping di LAZADA.

LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST
www.lazada.com.my/online-revolution/

LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST
www.lazada.com.my/online-revolution/

Rasanya semua orang tahu tentang LAZADA sentiasa buat sale ada saja barangan yang berharga murah untuk si kaki shopping online, namun kali ini11.11 hingga 12.12 tahun 2017 sale LAZADA lain macam sikit, kenapa akak kata lain macam sebab harga dia sangat melampau tau, ada kah patut blouse lengan panjang untuk muslimah rm11.30 sahaja wowww melampau betul bukan

LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST

Siapa lah agaknya yg tak kenal lazada kan, agak-agak orang tu mesti takda internet dan tv leh tu, dari anak ke mak mengenali lazada ye lah mak mentua pun minta akak beli kan periuk belanga kat lazada, dasat mak mentua zaman sekarang test lazada tu. bila dengar jer LAZADA buat contest terus akak join, untung sabut timbul, untung batu tenggelam, akak pasti dekat LAZADA ni semuanya untung sabut huhuhu, bila dah untung nati akak boleh belanja mak mentua periuk kesukaannya dari TEFAL itu juga salah satu sebab akak join LAZADA Blogger Contest. Harap -harap akak lah pemenangnya tetapi sebelum menang tu kena lah jawab empat seoalan yang telah disediakan oleh LAZADA.

a) Adakah anda masih ingat produk pertama yang pernah anda beli dalam talian? Apa itu dan bagaimana pengalaman anda


Mana boleh lupa pengalaman membeli online kali pertama kan sebab pengalaman pertama itulah yang memberikan kita pembelajaran dan keyakinan membeli belah dalam talian, nula-mula tu berdebar debar jugak bila melakukan transaction takut salah pilih lah, takut kena tipu lah dan macam-macam perasaan takut semasa membeli online tetapi bila semua berjalan lancar dan barang pun dapat sepertimana yang kita harapkan makanya bersedialah untuk pembelian seterusnya hahahaha.


Sebelum ni sudah bermacam macam barang yang akak beli dari LAZADA, dari sekecil kecil kerongsang tudung sehingga lah sebesar besar baju aku je lah, baju akak kan size XL besar lah tu, kitaorang kat rumah anak branak memang suka barangan dari LAZADA sebab pantas dan jimat, jimat masa, tenaga dan wang ringgit tau.

Pertama kali beli barang di LAZADA ialah ELBA COFEE MAKER, masa tu akak baru mendirikan rumah tangga, setiap hari akak akan membancuh kopi menggunakan coffee maker tersebut, personally memang akak puasa hati dengan produk ELBA itu walaupun ia pembelian online namun tetap mempunyai warranty card tau, itu yang menambahkan keyakinan akak membeli online sehingga kini, semasa pembelian kali pertama itu akak masih bekerja di sebuah syarikat di ibu negara, ketika itu akak membeli menggunakan  alamat ofis dalam masa dua hari waktu bekerja barang pun diterima, memang pantas giler lah penghantaran LAZADA, terkejut mak bila nak kuar lunch dapat bungkusan yang dibalut kemas, apa lagi teruslah memperkenalkan kepada kawan-kawan pejabat akhirnya mereka pun terjebak membeli barang di LAZADA, itulah pengalaman pertama membeli dari LAZADA, hasilnya sangat berpuas hati dan sehingga kini memang akan tetap membeli belah di LAZADA
LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST
ini lah coffer maker yang pertama kali membeli di LAZADA sangat puas hati dengan barang tersebut, LAZADA memang the best ever

b) Jenis produk mana yang anda lebih suka membeli dalam talian?

Secarah jujurnya, akak membeli barang basah juga menggunakan online delivery contohnya seperti ayam dan barangan dapur yang lain, bila kenal LAZADA ni macam-macam barang yang boleh dibeli secara terus dalam talian, permainan anak, baju anak, baju suami dan diri sendiri juga sudah tentulah dari LAZADA. Pendek kata semua LAZADA tau.

Namun ada satu produk yang sangat penting pada keluarga kami iaitu pampers MamyPoko Pants, sejak dari lahir lagi anak kami hanya menggunakan pampers dari jenama MamyPoko Pants namun ia amat sukar untuk mendapatkan size di kedai-kedai, kebiasaanya akan kehabisan atau tidak dijual, namun setelah melihat iklan di LAZADA tentang Mamypoko Pants yang murah lagi menjimatkan makanya sehingga kini kami hanya membeli Pampers di LAZADA  kami sangat lah berterima kasih pada LAZADA kerana menyembuhkan sakit kepala kami...Terima kasih LAZADA
LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST
size M rm195.9 0 untu 3 beg beg ada 64 pcs x 3= 192 pcs = rm1/pc

size L 44 pcs x 4 beg =176 pcs = rm1.4/pc 
Sebelum membeli pampers di LAZADA akak terlebih dahulu sudah membuat perbandingan harga dan kesimpulannya lebih jimat berbanding membeli di kedai-kedai, sudah lah jimat masa, tenaga dan duit quality pulak tip top, memang terbaik lah LAZADA
LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST
hai LAZADA tq sebab jual mamypoko pant, adik suka LAZADA

LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST
kotak boleh digunakan semula, kotak pun cantik tak renyuk dan boleh digunakan semula letak barang permainan anak ker, letak barang terpakai ke kan jimat jugak kat situ

LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST
dah guna size L
c) Apa yang anda suka tentang membeli-belah dalam talian?

1) Sudah tentu lah boleh membeli-belah tak kira masa dan waktu, walaupun pada tengah malam hanya dengan memakai baju tidur tidak perlu bersiap untuk keluar rumah tidak perlu menunggu dalam barisan atau tunggu sehingga pembantu kedai datang memberitahu harga barang, akak boleh melakukan perbelanjaan dalam beberapa minit sahaja walaupun sedang sibuk melayan anak sekalipun, selain menjimatkan masa dan mengelakkan orang ramai. Kedai-kedai dalam talian juga  memberikan peluang untuk membeli 24 jam 7 hari dalam seminggu wow best kan, LAZADA leh tu boleh beli barang tengah malam buta sedangkan shopping kompleks pukul 10 dah tutup.

2) Kedai dalam talian juga memberikan tawaran harga yang lebih murah dan informasi lebih cepat. Banyak kedai dalam talian menawarkan kupon diskaun dan rebat,

3) Akak boleh mendapatkan beberapa jenama dan produk dari penjual yang berlainan di satu tempat. selain itu akak boleh mendapatkan trend antarabangsa terkini tanpa membelanjakan wang untuk perjalanan ke luar negara, hebat bukan, sekarang tak perlu pergi Korea atau China untuk membeli belah tau hanya menggunakan telefon pintar untuk mendapatkan barangan dari luar negara, hebat bukan...

4) Apabila membeli belah dalam talian akak tak perlu berbelanja tambahan contonya seperti belanja makan dan minum, bila keluar pastilah terasa nak makan dan minum lebih-lebih lagi bila bawa anak-anak tak sah kalo tak singgah mana-mana kedai makan, namun berbelanja di dalam talian itu semua tidak perlu..yeayyyy jimat duit poket

5) Yang paling best membeli belah dalam talian ialah mereka memberi kita ruang untuk berkongsi maklumat dan ulasan dengan pembeli lain yang mempunyai pengalaman sendiri dengan produk atau seller tersebut, itu sebab nya akak suka membeli dalam talian, review custmer terdahulu boleh digunakan untuk kita terus lebih yakin dan boleh meneruskan pemebelian.

6) Membeli belah dalam talian juga sebenarnya dilakukan dalam privasi, ia membolehkan akak membeli pakaian dalam tanpa rasa malu bahawa terdapat beberapa orang yang melihat pilihan kita.

d)  Produk manakah yang anda beli atau anda merancang untuk membeli di Lazada semasa jualan Revolusi Dalam Talian?


Ok soalan terakhir ialah apa yang akak teringin sangat hendak beli di LAZADA kemeja dr levis sebab ap nak beli kat sini sebab dah survey kat luar out of stok dan kalo ada pun tiada pilihan size pulak, tu yang nak sangat beli kemeja ni, harap lah dapat beli sebelum sale habis nak tunggu gaji dulu huhuh


Baru-baru ni akak dah grab jam dinding yang sungguh cantik dan murah, bila mak mentua datang rumah asyik memuji jer kecantikan jam dinding tersebut, harap lepas ni akak boleh hadiahkan sebiji jam dinding untuk mak mentua akak, akak dah pun add to cart tinggal nak proceed payment jer, harapa dapat lah beli untuk mak mertua tercinta.

produk yang dalam perancangan untuk di beli 

ini lah jam dinding yang akak beli tempoh hari sehinggakan mak mertua pun berkenan
Ini antara dua barang yang akak hendak beli di LAZADA, bukan ini sahaja ada banyak lagi yang akak tengah berkira kira untuk beli, memang setiap bulan tu tak kan miss berbelanja di LAZADA sebab murah berbaloi - baloi tau dan korang yang minat membeli belah di LAZADA jom join segmen LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST kerana hadiah sangat menarik yang paling penting Lebih Banyak Peserta, Lebih Banyak Pemenang! dan ia bergantung kepada bilangan keseluruhan peserta akan sama ada 25, 50, 80 atau 111 pemenang:

Less than 200 Participants (RM3,150 to 25 winners):

 1st Prize: 1 x RM300 
 2nd Prize: 9 x RM150 
 3rd Prize: 15 x RM100 

More than 200 Participants (RM6,150 to 50 winners):

 1st Prize: 1 x RM500 
 2nd Prize: 15 x RM150 
 3rd Prize: 34 x RM100 

More than 350 Participants (RM10,400 to 80 winners):

 1st Prize: 1 x RM750 
 2nd Prize: 35 x RM150 
 3rd Prize: 44 x RM100 

More than 500 Participants (RM14,500 to 111 winners):

 1st Prize: 1 x RM1,000 
 2nd Prize: 50 x RM150 
 3rd Prize: 60 x RM100 


Bila dah draft artikel tu jangan lupa hantar ke pautan artikel mereka melalui e-mel ke contest@lazada.com.my dengan subjek bertajuk: Lazada Online Revolution Blogger Contest.


Post a Comment

1 Comments