Perniagaan kain pasang online akak memang sepenuhnya pada facebook semata-mata, semenjak dua menjak ini lah akak makin active mencuba medium lain selain facebook, sebelum ni akak memang ada menulis blog di WordPress tapi entah kenapa bertukar ke blogspot pulak dan makin lama makin seronok pulak menulis blog disini.
ini blog lama kita, masa menggunakan wordpress dolu dolu |
Beberapa hari ni, hakak terperasan seorang customer wassup nak beli kain pasang, nampaknya dia dapat info dari blog, berbaloi jugak hakak rasa bersengkang mata mewujudkan blog kain pasang, sangkut jugak nampaknya, munkin ada beberapa orang yang datangnya dari blog tapi hakak tak perasan.
So kepada peniaga online di luar sana, bina lah blog perniagaan anda, memang berbaloi baloi kerana ia adalah pengiklanan free tak berbayar namun kena lah bersabar sedikit, kena rajin update dan beramah mesra dengan blogger lain.
Mak nak peasan sekali lagi ni kepada peniaga online facebook di luar sana, buat blog jangan tak buat rugi tau rugi rugi.. facebook dah lah semakin hari semakin cekik darah, ada jer cara dia nak dapatkan duit lebih, kita pon kena cari jalan untuk dapat customer di tempat lain salah satunya dengan menggunakan blog ...
macam ni lah caranya bila customer nak beli kain, senang kan. |
0 Comments