Pembelian online sememangnya lebih mudah berbanding pembelian offline kerana ia tidak memerlukan kita ke luar ke kedai kain, berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain. Secara langsung menjimatkan masa, duit dan tenaga bukan. Kedai kain dalam talian tidak perlu membayar sewa atau mempunyai pekerja runcit Itulah sebabnya barang-barang boleh menjadi lebih murah berbanding di kedai. Walau bagaimanapun, membeli kain dalam talian mempunyai beberapa masalah jika anda adalah pembeli baru dalam talian. Beberapa perkara yang perlu dititiberatkan sebelum anda membeli fabric/ kain online antaranya ialah.
SEJAK 2013 KAMI MENAWARKAN PERCUMA POS KEPADA PELANGGAN AREA SEMANJUNG MALAYSIA 
  • Pastikan anda sudah menetapkan jenis dan tema fabric yang anda mahukan agar Anda dapat mengecilkan carian ke jenis kain tertentu dengan cepat. Apabila anda telah menetapkan tema fabric maka Pencarian kedai online akan lebih mudah dan cepat itu sudah menjimatkan masa dan mengelakkan rambang mata dan akhirnya tersalah pilih tema.
SEJENIS KAIN SOFFY COTTON ATAU HIGH QUALITY COTTON VISCOSE -LINK DISINI

  • Membuat pembelian online semasa mereka membuat jualan murah, kebiasaan kedai- kedai online ini akan membuat sale hujung tahun atau sempena perayaan tertentu seperti jualan kemerdekaan, hari raya dan sebagainya ketika ini membeli lah fabric idaman anda, ia pasti lebih jimat.

  • Anda juga boleh mencari kedai kedai online yang memberikan tawaran percuma pos macam yang kami berikan sejak tahun 2013 lagi, so korang dapatlah berjimat untuk dalam cost penghntaran cuba bayangkan jika anda membeli baju sedondon beberapa helai munkin charge pos dia juga lebih tinggi, jika anda mencari yang percuma pos makanya sedikit berjimat disitu kemungkinan boleh dapat sehelai baju utk cost pos yang di cut.

  • Pastikan anda membaca dengan teliti arahan mereka agar anda faham sayarat-syarat yang telah ditetapkan, warna dan tekstur munkin sedikit berlainan dengan yang realiti oleh itu jangan terlalu mahukan yang betul-betul perfect kerana ia sudah pasti pembelian online memang begitu, jika melalui pembelian offline anda boleh merasa, memegang atau menarik narik fabric tersebut bagi merasai kualiti fabric didepan mata namun pembelian dalam talian hanya dilihat melaui screen sahaja oleh itu bersedialah dengan kemungkina-kemungkinan yang fabric itu sedikit berbeza dari pandangan mata secreen telefon anda
KAIN PASANG LINEN SATIN SILK - LINK DISINI

  • Baca satu persatu keterangan kain yang tertulis atau adalah lebih baik jika berhubung terus dengan seller dan bertanya lah dengan lebih lanjut. Jika anda pernah membeli kain sebelum ini dan mendapati kain itu sesuai dengan citarasa anda maka tetap lah membeli dengan seller itu di kemudian hari kerana anda telah mengetahui lebih tentang kualiti dan warna kain mereka.

  • Jika anda mahu membeli dengan kuantiti yang banyak, Minta lah sampel atau beli lah sedikit terlebih dahulu agar anda boleh melihat sendiri kualiti sebenar sebelum membeli dalam kuantiti yang besar. Pilih lah kedai online yang mepunyai kadar pengeposan yang murah atau percuma pengeposan agar anda tidak pening kepala mengira harga pos yang perlu ditanggung.
KAIN PASANG WRINKLE CREPE -LINK DISINI
  • Buat sedikit penyelidikan tentang kain online yang anda hendak berurusan, pastikan kedai tersebut mempunyai testimoni pelanggan terdahulu agar anda boleh menghubungi customer tersebut untuk pertanyaan, lihat juga ulasan dan pendapat mereka di ruangan komen dan ulasan dibahagian kotak review laman online mereka

ok itu sahaja tips kali ini, kita minumm duluuuuuu.baru celik terus buka desktop, ok byeeeee

---------------------------------------------------------------------------------------------