Akhirnya tertipu juga dengan si pembeli online, memang licik dia mengambil kesempatan pada seller online macam akak ni, ok tidak mengapa munkin itu sumber pendapatan dia, kerjaya dia dan kita biarkan Allah swt yang memberi hidayah moga dia bertaubat.
Ceritanya begini, beberapa hari yang lepas akak didatangi oleh seorang pembeli menerusi wasup, tiada yang mencurigakan sama seperti pembeli lain juga yang ku kira sangat memerlukan kain secepat mungkin maklumlah dah nak masuk ramadhan, bila lambat nati tailor pulak tutup.
Dalam wassup itu dia menghantar gambar kain yang dia mahukan berserta slip transaksi melalui CIMB, akak memandang sekilas sahaja slip tersebut itu sudah kebiasaan melihat slip dan membalas dengan cepat wassup pelanggan kerana yang lain juga perlu akak balas.
Selepas mengucapkan 'tqvm' kepadanya dia memberikan alamat untuk dipos dan akak membiarkan wassup itu sehingga petang, bila petang akak memberikan dia no tracking pos laju menandakan kain sudah di pos, namun kebiasaan juga customer tidak membalas, munkin sibuk agaknya
tansaksi yang dia wassup, nampak tidak ada yang mencurigakan |
Tidak mengapa ku lupakan sahaja kerana banyak pengajaran untuk akak disitu yang patut kusyukuri, sesuatu yang aku kira tidak baik tidak semestinya betul-betul tidak baik untuk aku so let it be cuma jadikan pengajaran dan lihat semula dalam diri munkin sebelum ni akak ada membuat silap kepada ramai customer , ya itu aku akui kadang-kadang terkurang meter untuk custmer, kadang-kadang duit balance terlupa selit dalam parcel dan kadang-kadang akak moody melayan customer, datang nya si penipu ini memberi kesedaran pada akak supaya sentiasa berhati-hati dan melayan baik semua orang.
Korang peniaga online di luar sana berhati-hati ya pastikan mereka tidak berpelung untuk menipu,bagi yang mahu contact no dia atau screen shoot perbualan itu boleh wassup akak atau email ya,munkin untuk simpanan agar tidak terkena juga dan akak tidak sama sekali publish nama, alamat dan no telefon dia.
Last word, pembeli online yang menipu itu wujud....berhati-hati ya seller online
Me Lulu...
sharing is caring...
KLIK DISINI UNTUK MELIHAT WARNA-WARNA KAIN PASANG KAMI |
6 Comments
Aduh. Ada je orang begini kan.. hmmm. Akak lepas ni kena lebih berhati2. Kena check dulu transaksi sebelum pos barang ye kak..
ReplyDeleteBetul siqah kena chek pastikan duit Dah masuk baru Pos...tq dik
DeleteAdui....bertabahlah lu..
ReplyDeleteLepas ni make sure kalau org bilang sudah byr,
Mesti check acc dulu betul2....
Cheers.
Betul mpy..penipu ada Di mana-mana
DeleteSedih baca bila ada pembeli sanggup menipu peniaga baik seperti Lulu..
ReplyDeleteLepas ni Lulu kena lebih berhati-hati, check order dan payment dulu baru post.. In shaa Allah ada hikmah di sebalik yang berlaku..
terima kasih lz...
Delete