Akhirnya, berakhirlah sudah kesenduan telefon aku setelah iphone 7 kumiliki, harap selepas ini tiada lagi masalah kiok semasa membalas wassup custmer lalalala (yang terbaru aku dah sampai iphone 11 pro max) dan aku berangan untuk dapatkan yang lagi terbaru iphone 12 pulak tapi iphone 11 masih lagi berumur 2 tahun so nampaknya kena tunggu lagi sehingga umur dia betul betu matang hahha. Membazir kan amalan syoitonirajin.
AKU PILIH WARNA ROSE GOLD |
Sebenarnya telefon adalah medium paling penting dalam memulakan perniagaan online, orang kata telefon umpama sebuah kedai bagi seseorang peniaga online,betull lah kot yer dak, bagi aku apa jenis telefon pun boleh jer digunakan untuk menjalankan perniagaan online janji ada wasup dan line internet, kalau telefon cun melecun, canggih manggih tapi line internet kiok maka tak menjadi jugak tau. Bagi kami si peniaga online, telefon bukan tempat untuk bergaya atau menunjuk akan tetapi telefon adalah satu keperluan yang wajib untuk memudahkan kerja.
Namun telefon pintar atau smartphone adalah lebih mudah dan cepat bila berhubung dengan pelanggan,terdapat banyak aplikasi yang boleh di download untuk memudahkan sesebuah perniagaan online yang active contohnya fb page, wechat, shoppe, instagram, chorosul dan banyak lagi
Bagi aku yang paling penting juga adalah bahagian camera sesebuah smartphone, ini kerana kain pasang kami sentiasa nak berselfie, kejap kejap custmer nak gambar real kejap kejap nak gambar matchy matchy, kalo jupa pulak custmer yang semua warna dia request untuk ambil gambar baru padahal dah ada gambar selonggok disediakan, menjual barang melibatkan fabric bermacam warna memang perlukan handpon yang mempunyai fungsi camera terbaru yang menghasilakn warna sharp dan terang bagi aku ini adalah yang paling penting bagi sebuah kedai online, nak ramai orang datang membeli di kedai online kita sudah semestinya gambar yang betul -betul cantik dan menarik untuk diperlihatkan kepada customer baru lah ramai yang datang membeli.
semenjak berniaga online almost 4 tahun, (sekarang dah 7 tahun) ini adalah telefon yang ke 4 aku gunakan, terasa macam buka kedai baru pulak bila bertukar telefon , rasa bersemangat waja nak capai sales yelah mana tak semangat kalalau duit dah keluar beli telefon kan, munkin juga ini salah satu cara aku nak reward diri sendiri ke aper.
Satu lagi yang paling penting dalam pemilihan smartphone ialah pemilihan capacity storan RAM sesebuah telefon perlu diutamakan samada menggunakan 16GB 32GB 128GB 256GB, semakin besar capacity telefon itu maka semakin banyak lah data yang boleh disimpan, gambar serta wasup yang banyak pun tidak perlu risau, makanya juga bila sudah kapasiti besar dengan itu harganya juga lebih mahal dong.
JANGAN LUPA DAPATKAN KAIN PASANG KAMI DISINI |
Setelah berniaga online selama 8 tahun ini, aku memang akan prefer telefon iphone untuk dibeli, bagi brand lain pula aku munkin belum berkeyakinan lagi memandangkan dah lama aku menggunakan brand yang sama dan hasilnya memang aku berpuas hati dan kapasiti storan ram pulak aku memilih 256GB storan paling besar yang ada sebab aku memang fully menggunakan banyak wassup dan apps lain untuk di download, aku malas bila kerja kerja aku mula terganggu disebabkan oleh masalah kekurangan space dalam storan telefon.
kalo korang mementingkan telefon yang up to date dan fungsi yang lebih menarik apakata try menggunakan jenis iPhone, kalo korang nak dapatkan detail iphone pegi jer ke website apple atau pun korang chek kat lazada
kalo korang mementingkan telefon yang up to date dan fungsi yang lebih menarik apakata try menggunakan jenis iPhone, kalo korang nak dapatkan detail iphone pegi jer ke website apple atau pun korang chek kat lazada
SEBELUM NI IPHONE 7 PUN WARNA YANG SAMA PINK ROSE BERTUKAR KE IPHONE 11 PUN WARNA YANG SAMA JUGAK |
---------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk perincian dan pembelian berkaitan KAin Pasang kami boleh rujuk Link di bawah 👇
Link wassup
https://wa.me/message/OUN332SXCMBUG1
https://wa.me/message/5VTDVJVFKEBXL1
Link website
Link Instagram
https://www.instagram.com/lulu_shawl/feed/
https://www.instagram.com/kainlulu/feed/
Link Facebook
https://m.facebook.com/lulukainpasang/
https://m.facebook.com/kainctnurhaliza/
4 Comments
Lepas ni semua kain pasang dalam gambar harus cantik ....hehe.
ReplyDeletehahaha di fb jak gambar2 kain, mrs.pip buka lah account fb sekali, boleh mengimbas kembali kenangan lama ketika berfb dulu2, 7 tahun sudah ko tinggalkan fb...ini ayat menggoda kau ni, mohon kau tergoda ya hahaha
DeleteHandphone ni melabur sikit tak apa, asalkan tahan lama. Kalau beli yang murah2 dan tiruan tu sekejap je kiok...
ReplyDeletebetul2...
Delete