16hb may nati NA masuk 11 bulan, tak sabar nak tunggu NA masuk University hahaha ini memang kelakar, saja buat lawak hambar hari ni.
Sejak NA lahir lagi dia memang mengalami sembelit yang luar biasa, sembelit yang bukan calang calang mama boleh handle, yo lah mana taknya sembelit cecah rekod 18 hari tak po po, ada lagi ke yang paling lama dari NA.
NA menyusu bf dan fm, ketika itu akak tidak mempunyai ilmu berkaitan penyusuan, munkin itu penyebab terjebaknya dengan fm ditambah lagi akak mengalami nipple crack sehingga NA brumur 5 bulan, bila baby FM for sure lah anak kena po po sekurang kurang sekali sehari namun NA sukar untuk po po paling cepat pun dalam 4 hari dah tukar susu pun sama juga.
Berkat dari doa dan ilmu google maka masalah sembelit NA settle, kaedah yang akak gunakan ialah la la la la
1) Berbincanglah dengan pakar kanak-kanak anda dan salah seorang dr, telah menerangkan bahawa ada baby yang memang ditakdirkan proses pembuangan dia lambat tetapi itu bukan sesuatu yang tidak normal as long as dia tak sakit perut, perut kembung atau meragam sepanjang masa, ok settle NA tidak pernah mengalami situasi ini so lega
2)Bila NA dah mula solid food, lagi lah sembelit kan, kalo nak po po muka merah padam,air mata berjurai keluar tapi suara tak dak, sian tgk NA macam-macam cara akak fikirkan dan akhirnya berjaya selesaikan dengan cara
- Kerap memberi air masak, terutama bila bangun tidur atau sebelum tidur
- Puree lobak berkesan untuk NA
- Puree epal lebih berkesan
- Cuba stopkan sayur bayam dan sayur sawi yang ni akak tak paham kenapa menjadi punca sembelit
- Cuba elakkan bagi makan pisang dan ubi kentang
- Kledek oren dan keledek jepun pun boleh juga melembutkan po po anak
3) Kalo sembelit keras kan, akak cuba cangkungkan dia dan ajarkan dia teran, akak buat suara teran sekali insyaAllah po po kluar dengan jayanya
4)Cuba buka seluar dan longgarkan pampers dan berdirikan anak
ok itu sahaja cara NA mudah po po, Alhamdulillah ianya berkesan untuk NA
ok itu sahaja cara NA mudah po po, Alhamdulillah ianya berkesan untuk NA
0 Comments