Kedai Online Saya

Header Ads

TARIK RASMI HARI IBU DAN BAPA SERTA HUKUM MERAIKAN

Assalamualaikum...

Bagi anak-anak yang sentiasa mengahargai pengorbanan ibu bapa pastinya tarikh hari ibu dan bapa menjadi ingatan hingga kini kerana ini adalah salah satu acara kasih sayang untuk mereka, berkumpul beramai ramai sambil menjamu selera.

Munkin ada dikalangan kita yang terlupa tarikh sebenar hari ibu dan bapa, oleh itu sebagai peringatan untuk diri sendiri dan semua, seperti tahun-tahun sebelumnya di Malaysia hari ibu disambut pada ahad kedua bulan mei setiap tahun manakakala hari bapa pulak disambut pada ahad ketiga bulan jun setiap tahun.

Tarikh rasmi hari ibu 2017 di Malaysia jatuh pada 14 Mei 2017 dan hari bapa pula pada 18 Jun 2017.

Sebenarnya bagi menghargai jasa kedua ibu bapa, tidak perlukan tarikh yang spesifik, sebagai anak yang baik, setiap hari merupakan hari untuk berbakti kepada kedua ibu bapa namun tarikh itu boleh dijadikan sebagai hari untuk adik bradik berkumpul dan meraikan bersama sama

Sebagai umat Islam pula sambutan hari ibu dan bapa ada batasannya, adalah lebih berkat jika kita meraikan dengan

1) solat berjemaah bersama ibu dan bapa serta adik bradik yang ada
2) doa kenyukuran dan majlis tahlil
3) melahirkan rasa syukur dengan nikmat diberi masa bersama keluarga
4) sambutan yang sederhana dan tidak membazir

Untuk rujukan bersama agar tidak lalai dalam menyambut hari ibu dan bapa elok lah chek dekat SINI

Sebagai peringatan untuk diri sendiri yang baik kita ambil jadikan teladan yang buruk kita tinggalkan di belakang jadikan pengajaran.


meraikan Mother’s Day dan Father’s Day adalah harus, terbuka kepada kedudukan setiap anak-anak. Sesiapa yang mendapati ianya dapat menggembirakan ibubapa mereka, maka teruskanlah. Namun sesiapa yang dapat mewujudkan ruang lain untuk menggembirakan ibubapa mereka tanpa terhad kepada Mother’s Day dan Father’s Day, sudah tentu ia adalah lebih baik. Penjelasan yang sama juga ditujukan kepada beberapa hari-hari yang lain seperti sambutan Hari Jadi. Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 4163 (Kitab al-Bai‘ah, Bab berbai‘ah untuk hijrah).


Rujukan tambahan :

–  KENYATAAN JABATAN MUFTI SELANGOR –
SAMBUTAN YANG DI ANJURKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.
2. Sambutan yang baik  adalah dengancaramengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah  atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.
123. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.
4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.
5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.
6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat,  dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.
7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.
8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.
9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.
10. Didikan agama yang sempurna  adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.
PENUTUP.
Harus diingat, mengamal  dan mengikut budaya asing, terutamanya dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran
kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak bahkan keimanan dan akidah, serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri. Umat Islam diseru agar tidak sesekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. Adalah diharapkan  semoga dengan adanya garis panduan
seperti ini akan dapat membantu umat Islam bagaimana untuk meraikan sambutanHariBapa, Ibu, Kekasih dan yang seumpamanya menurut perspektif Islam yang sebenar.
Disediakan oleh:
Jabatan Mufti Negeri Selangor.






Post a Comment

0 Comments